FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jabatan Kesihatan Terengganu Nilai Keperluan Murid Istimewa 'Nur Damia'

Go down

Jabatan Kesihatan Terengganu Nilai Keperluan Murid Istimewa 'Nur Damia'

Post by Info Bola Sepak on Thu 09 Jan 2014, 10:27 am


HULU TERENGGANU, 6 Jan (Bernama) -- Kegigihan murid istimewa Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Telemong di sini yang sebelum ini dipaparkan dalam media, Nur Damia Irsalina Daeng Malis terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Hari ini, murid itu menerima kunjungan dua pakar perubatan rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu yang mahu melihat keperluan sebenar Nur Damia untuk memudahkan lagi pergerakannya di sekolah dan di rumah.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Mohd Jusoh berkata pihak hospital akan membuat penilaian secara holistik untuk memantau keperluan kanak-kanak istimewa itu agar dia dapat bergerak seoptimum mungkin, sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

"Kita lihat ada keperluan untuk mereka cipta meja khas yang boleh diletakkan buku secara menegak agar Nur Damia boleh melukis dan mewarna tanpa perlu berbaring lagi...begitu juga dengan meja makan.

"Apabila penilaian sudah siap, kita akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai bantuan yang akan disalurkan kepada Nur Damia secara berterusan mengikut keperluan semasanya," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi murid itu di sekolahnya Isnin.

Nur Damia, anak ketiga pasangan Dr Daeng Malis Ab Kahar, 43, dan Rosnaini Mohamad, 36, dilahirkan tanpa tangan dan kaki namun menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar di sekolah aliran perdana.

Ibunya, Rosnaini yang merupakan jururawat berkata sepanjang empat hari bersekolah, Damia menunjukkan perkembangan yang semakin positif malah dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

"Setiap hari dia bangun awal pagi dan teruja ke sekolah, guru-guru serta kawan-kawan juga banyak membantu Damia dan ini menaikkan lagi semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.

"Saya juga bersyukur dengan kemudahan khas yang disediakan pihak sekolah serta keprihatinan banyak pihak untuk membantu Damia agar dia lebih selesa... terima kasih banyak-banyak kepada semua," katanya yang mengambil cuti enam bulan tanpa gaji untuk membantu pergerakan Damia ke kantin dan tandas.

Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib mahu sekumpulan pelajar daripada Kolej Universiti Tati di Kemaman membantu mencipta kerusi roda pelbagai fungsi untuk murid istimewa di negeri ini pada masa depan.

Ketika ini, Nur Damia menggunakan kerusi roda bermotor yang ditempah khas berharga RM10,000 daripada pengasas Zull Design Autotronic, Zulkifli Haron.

Kerusi roda itu akan ditambah nilai pelbagai fungsi hasil kajian pelajar Kejuruteraan Mekanikal Kolej Universiti Tati berdasarkan penilaian keperluan pemulihan yang dilakukan Ketua Jabatan dan Pakar Rehabilitasi HSNZ Dr Noraida Musa dan doktor rehabilitasi Dr Aini Hawa Ibrahim.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum