FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Semua Premis Makanan Wajib Daftar Dengan Jabatan Kesihatan

Go down

Semua Premis Makanan Wajib Daftar Dengan Jabatan Kesihatan

Post by Info Bola Sepak on Thu 09 Jan 2014, 7:42 pm

Pegawai Berkuasa memeriksa tempat penyimpanan makanan - gambar hiasan

KUCHING, 9 Jan (Bernama) -- Semua pemilik premis makanan wajib berdaftar dengan Jabatan Kesihatan bagi memastikan kebersihan makanan yang dijual dan keselamatan pengguna terjamin berikutan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 mulai 1 Jan lepas.

Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr Kamaruddin Lajim berkata walaupun peraturan itu diwartakan lima tahun lepas, namun penguatkuasaannya dilewatkan ke tahun ini kerana kerajaan mahu golongan peniaga benar-benar bersedia untuk mematuhinya.

"Tidak kira mereka ini yang menjual kuih-muih ataupun yang menjual burger (secara kecil-kecilan) di tepi jalan, semua yang terlibat dalam pengendalian makanan adalah tertakluk di bawah peraturan ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini.

Dr Kamaruddin berkata pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat secara dalam talian atau online di laman web Kementerian Kesihatan ataupun pejabat Jabatan Kesihatan berdekatan.

Katanya peniaga yang gagal mendaftarkan premis mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai aduan mengenai tahap kebersihan makanan di premis makanan di sini untuk menyalurkannya terus ke talian 082-244505.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Re: Semua Premis Makanan Wajib Daftar Dengan Jabatan Kesihatan

Post by akudaa on Sun 02 Feb 2014, 10:24 pm

mcm mn nk dftar?
avatar
akudaa
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri :
Jawatan : tnggu surat posting...skelas ngan anip
Gender : Male
Jumlah Post : 30
Umur : 34
Tarikh Register : 12/01/2009
Reputation : 0
Points : 3578

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile http://www.jknselangor.moh.gov.my

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum