FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Kes Deman Denggi Di Terenganu Meningkat Secara Mendadak

Go down

Kes Deman Denggi Di Terenganu Meningkat Secara Mendadak

Post by Info Bola Sepak on Mon 03 Feb 2014, 11:22 pm

KUALA TERENGGANU, 3 Feb (Bernama) -- Jumlah kes deman denggi di Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak iaitu melebihi 500 peratus sepanjang bulan Januari tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata negeri itu merekodkan 133 kes pada Januari, berbanding hanya 23 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Bagaimanapun, tiada kes kematian akibat denggi dicatatkan dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, daerah Kuala Terengganu mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 102 kes diikuti daerah Dungun dengan 11 kes.

"Lain-lain daerah iaitu Besut 10 kes, Marang (5), Kemaman (4) dan Hulu Terengganu (1) manakala Setiu tidak mencatatkan sebarang kes," katanya kepada pemberita semasa melawat lokaliti kawasan panas wabak di Kampung Gong Tok Nasek di sini Isnin.

Dr Anwa berkata berbanding tempoh sama tahun lepas, tiga daerah mencatatkan peratus peningkatan kes iaitu Kuala Terengganu, Besut dan Dungun manakala daerah Hulu Terengganu dan Kemaman menunjukan penurunan dan tiada perbezaan di daerah Marang.

Beliau berkata mukim-mukim yang tinggi kadar jangkitan denggi iaitu Bukit Besar 24 kes, Kuala Nerus (18), Bandar (10), Cabang Tiga (13), Kuala Ibai (Cool, Losong (5), dan lain-lain merekod kes denggi sama atau kurang dari tiga kes.

Berikutan peningkatan kes deman denggi, Dr Anwa berkata Jabatan Kesihatan negeri mengadakan kawalan dan pencegahan yang menyeluruh bagi memastikan kes deman denggi berada dalam keadaan terkawal.

Katanya antara langkah yang diambil ialah mengadakan aktiviti penghapusan punca pembiakan melalui kerja gotong royong dengan penduduk kampung dalam tempoh tiga hari daripada kes denggi dikesan.

"Kit pencegahan denggi mengandungi risalah dan panduan diagih kepada penduduk mengenai cara menghapus tempat pembiakan.

Dr Anwa berkata kempen 'Ayuh Gempur Aedes' peringkat negeri akan dilaksanakan secara bulanan sepanjang tahun ini untuk memberi impak secara menyeluruh dalam usaha pencegahan dan pengawalan wabak itu di negeri ini.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4531

View user profile

Back to top Go down

Re: Kes Deman Denggi Di Terenganu Meningkat Secara Mendadak

Post by Tetraklorometana on Tue 04 Feb 2014, 11:14 am

apakah kaedah yg paling sesuai untuk hapuskan denggi di atas muka bumi?
avatar
Tetraklorometana
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Pegawai Kesihatan Persekitaran
Gender : Male
Jumlah Post : 30
Umur : 41
Tarikh Register : 18/10/2006
Reputation : 0
Points : 4416

Character sheet
Mutiara Kata saya: pandang depan jer...

View user profile http://www.takbuatlagi.com.my

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum