FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Demam Denggi Ragut 17 Nyawa Bagi Januari Hingga 2 Feb

Go down

Demam Denggi Ragut 17 Nyawa Bagi Januari Hingga 2 Feb

Post by Info Bola Sepak on Thu 06 Feb 2014, 10:33 pm

Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Sebanyak 17 kes kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 Feb tahun ini, meningkat 240 peratus atau 12 kematian berbanding hanya lima kes untuk tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu.

Sepanjang minggu lepas sahaja (26 Jan hingga 1 Feb), 2,083 kes demam denggi direkodkan di seluruh negara dengan tiga negeri menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu Negeri Sembilan 56 peratus (81 kes), Kuala Lumpur dan Putrajaya 23 peratus (43 kes) dan Sarawak 13 peratus (dua kes), katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurut Dr Lokman sejumlah 594 lokaliti wabak dilaporkan di 13 negeri iaitu 348 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (75), Negeri Sembilan (73), Johor (42), Melaka (16), Perak (sembilan), Pahang (lapan), Pulau Pinang (enam), Kelantan (lima), Sabah (lima), Sarawak (empat) dan masing-masing satu di Terengganu serta Perlis.

"Daripada jumlah ini, 115 lokaliti hotspot dilaporkan di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 57 di daerah Petaling, 43 Hulu Langat, enam (Seremban), lima Gombak, dua Titiwangsa, manakala masing-masing satu di Hulu Selangor dan Klang," katanya.

Selain itu, Dr Lokman berkata 1,813 daripada 164,167 premis yang diperiksa mempunyai pembiakan Aedes sekali gus memberi nilai indeks Aedes kepada 1.1 peratus.

Katanya lapan negeri menunjukkan indeks tertinggi iaitu Sarawak (5.1 peratus), Pulau Pinang (2.2 peratus), Selangor (2.0 peratus), Negeri Sembilan (1.6 peratus), Kuala Lumpur dan Putrajaya (1.5 peratus), Melaka (1.2 peratus) sementara Perlis dan Sabah masing-masing 1.1 peratus.

Beliau berkata semua peringkat dalam komuniti perlu mengambil berat situasi denggi di kawasan masing-masing selain memastikan kawasan kediaman serta persekitarannya bebas daripada pembiakan Aedes.

Menurut Dr Lokman penghapusan tempat pembiakan Aedes yang menjadi punca demam denggi adalah kaedah paling berkesan untuk mengawal peningkatan kes denggi semasa.

Antara langkah yang boleh diambil oleh komuniti dan agensi bukan kerajaan untuk mencegah denggi termasuklah memastikan jawatankuasa penduduk atau pihak berwajib melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala, mewujudkan pasukan pemantau/pemeriksa kebersihan dan pembiakan denggi serta mengurangkan aktiviti luar rumah terutama pada waktu awal pagi dan lewat senja.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mendapat demam.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum