FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Lapan Kes A H1N1 Dikesan Di Sabah Sejak Isnin Lepas

Go down

Lapan Kes A H1N1 Dikesan Di Sabah Sejak Isnin Lepas

Post by Info Bola Sepak on Fri 07 Feb 2014, 11:29 am

gambar hiasan

KOTA KINABALU, 6 Feb (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Sabah mengesan lapan kes Influenza A (H1N1) di negeri ini sejak Isnin lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Christina Rundi.

Beliau berkata tujuh kes melibatkan lima kanak-kanak dan dua orang dewasa dikesan di Wad Melur 2, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas di sini dan satu kes di daerah Sandakan.

Berikutan laporan awal pihak hospital, saringan telah dilakukan ke atas 31 orang yang terdedah dan sebanyak 10 sampel 'Nasopharyngeal Aspirate Respiratory Syncytial Virus (NPA RSV) diambil untuk ujian pengesahan, katanya di sini Khamis.

Dr Christina berkata hasil ujian tersebut mendapati tujuh pesakit yang mengalami simptom batuk, demam dan selesema disahkan positif A H1N1.

"Kesemua pesakit telah diberi rawatan dan dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurutnya antara langkah kawalan segera ialah memberikan rawatan antivirus kepada semua pesakit, menjalankan langkah saringan kepada semua yang terdedah serta mendisinfeksi wad yang terlibat.

Dr Christina berkata langkah lain ialah mengehadkan kemasukan pelawat ke wad berkenaan, saringan terhadap petugas hospital serta melaksanakan promosi etika batuk dan kesedaran mendapatkan rawatan awal apabila mempunyai simpton serupa influenza (ILI).

Beliau berkata penutup hidung dan mulut juga dibekalkan kepada pesakit H1N1 serta petugas wad dan pelawat manakala amalan kebersihan tangan ditekankan sebelum dan selepas menyentuh pesakit.

Bilik gerakan kawalan penyakit diaktifkan di hospital berkenaan pada Selasa lepas bagi membendung penyakit itu daripada merebak.

"Penyakit H1N1 adalah endemik di negeri Sabah dan kes dilaporkan setiap tahun. Situasi H1N1 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak adalah dalam keadaan terkawal.

"Tindakan kawalan dan pencegahan telah dan sedang dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Dr Christina berkata penyakit H1N1 yang dilaporkan setiap tahun di Sabah menunjukkan trend penurunan sejak 2010.

Menurutnya, sebanyak 944 kes H1N1 dilaporkan pada 2009 diikuti 145 kes (2010), 26 kes (2011), 15 kes (2012) dan enam kes pada tahun lepas.

--BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4554

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum