FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Sikap Suka Buang Sampah Merata Tempat Punca Kes Denggi Masih Tinggi

Go down

Sikap Suka Buang Sampah Merata Tempat Punca Kes Denggi Masih Tinggi

Post by Info Bola Sepak on Fri 07 Feb 2014, 6:49 pm


JOHOR BAHARU, 7 Feb (Bernama) -- Sikap masyarakat yang suka membuang sampah di merata tempat menjadi antara punca kes demam denggi masih tinggi di seluruh negara, termasuk Johor.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Khairi Yakub berkata kesedaran orang ramai, terutama di negeri ini, terhadap bahaya denggi masih di paras sederhana.

"Pemantauan dalam negeri Johor menunjukkan masyarakat masih membuang sampah di merata tempat dan suka membuang sampah di tempat yang tidak sewajarnya.

"Pemeriksaan Aedes Indeks menunjukkan lima tempat yang mempunyai indeks paling tinggi ialah taman permainan/rekreasi, kawasan lapang/tanah kosong, kilang dan gudang, tempat tumpuan awam dan tapak binaan," katanya kepada Bernama menerusi e-mel Jumaat.

Beliau berkata Johor, yang merupakan negeri kedua paling tinggi mencatat kes denggi selepas Selangor, turut merekod jumlah kematian yang sama dengan negeri berkenaan (Selangor) iaitu 24 kes sehingga hujung tahun lepas.

"Sehingga minggu kelima bagi tahun ini, tren penurunan kes belum lagi dapat dilihat berlaku di Johor. Jumlah terkumpul untuk tahun ini telah mencecah 705 kes," katanya.

Antara daerah paling teruk dilanda penyakit denggi tahun lepas ialah Johor Baharu, yang menyumbang 59 peratus dari jumlah keseluruhan kes denggi di Johor, iaitu sebanyak 4,828 kes diikuti Batu Pahat (10 peratus) manakala Kluang dan Kulaijaya masing-masing sembilan peratus.

Katanya, Johor Baharu turut mencatat jumlah wabak tertinggi iaitu sebanyak 412 episod wabak terkawal dan enam wabak tak terkawal sepanjang 2013.

Mohd Khairi juga berkata orang ramai dinasihat terus berjaga-jaga terhadap ancaman penyakit ini dengan memusnahkan semua bekas menakung air dan melaksanakan gotong-royong di persekitaran kawasan kediaman.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini berkata sebanyak 19 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga semalam dan penduduk yang tinggal di pangsapuri kos sederhana dan rendah lebih berisiko dijangkiti wabak ini berbanding penghuni kondominium mewah berikutan masalah penyelenggaraan.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum