FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Terengganu Pertingkat Pemantauan Kebersihan Di Semua Hotel, Restoran

Go down

Terengganu Pertingkat Pemantauan Kebersihan Di Semua Hotel, Restoran

Post by Info Bola Sepak on Tue 11 Feb 2014, 3:21 pm


KUALA TERENGGANU, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan Terengganu mempertingkatkan pemantauan kebersihan di semua hotel termasuk hotel bajet dan premis makanan di negeri itu sepanjang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Muhammad Pehimi berkata langkah itu bagi memastikan pengunjung, terutama pelawat asing bukan sahaja menikmati makanan yang enak tetapi juga selamat.

Pemantauan dilaksana menerusi kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan, katanya kepada pemberita selepas majlis Bicara Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Multimedia, di sini Selasa.

Katanya pemeriksaan bukan sahaja meliputi tempat penyediaan makanan tetapi juga tandas di premis terbabit.

Sempena TMM 2014, Terengganu menyasarkan kehadiran lima juta pelancong dengan 35 peratus pelawat asing.

Tahun lepas kira-kira empat juta orang mengunjungi Terengganu.
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4498

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum