FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jenayah seksual membimbangkan

View previous topic View next topic Go down

Jenayah seksual membimbangkan

Post by Info Bola Sepak on Fri 21 Mar 2014, 9:46 am

Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2014


BACHOK - Penglibatan remaja dalam jenayah seksual sejak akhir-akhir ini membimbangkan berikutan pergaulan bebas tanpa pemantauan dan polis menekankan, kesedaran akar umbi termasuk ibu bapa, pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat diperlukan untuk mengekang masalah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, selain itu, jenayah curi motosikal, pergaduhan dan penagihan dadah juga menyumbang kepada indeks jenayah di daerah ini.

"Semua ini memerlukan kerjasama banyak pihak. Tidak boleh mengharapkan polis semata-mata dan pihak sekolah tidak terkecuali. Jangan sembunyikan kes sedemikian untuk jaga nama baik sekolah kerana ia membawa impak besar," katanya pada sidang
media selepas merasmikan program Remaja Berwawasan peringkat Daerah Bachok, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Golok, semalam.

Katanya, ibu bapa sewajarnya memantau pergerakan anak-anak kerana dibimbangkan mereka terjebak dengan rakan yang membawa ke arah negatif.

"Banyak kes rogol berlaku dengan kerelaan sendiri dan dikategorikan rogol kerana perempuan masih di bawah umur. Ada juga melakukan hubungan terlarang di bawah pengaruh pil kuda yang sekali gus merangsang syahwat mereka.

"Polis tidak memandang ringan perkara itu dan sentiasa menjalinkan hubungan dengan masyarakat untuk memberi kesedaran mengenai sebab dan akibat perbuatan itu," katanya.

--- SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4198

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah seksual membimbangkan

Post by erin on Tue 06 Jan 2015, 10:35 am

Bebel Bebel Bebel Bebel  org jahat skrg makin berani...
avatar
erin
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : Peragawati
Gender : Female
Jumlah Post : 91
Umur : 32
Tarikh Register : 05/04/2008
Reputation : 3
Points : 3587

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum