FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Penyakit Periodontal | Masalah Gusi dan Karies Gigi

Go down

Penyakit Periodontal | Masalah Gusi dan Karies Gigi

Post by Info Bola Sepak on Mon 31 Mar 2014, 9:41 pm

Pesakit Klinik Pergigian K'jaan Disaring Untuk Penyakit Periodontal - Dr Hilmi


KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Bermula tahun ini semua pesakit luar yang datang ke klinik pergigian Kementerian Kesihatan akan disaring untuk penyakit periodontal atau masalah gusi dan karies.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata langkah itu diambil memandangkan lebih 90 peratus mereka yang berumur 18 tahun ke atas di negara ini didapati mengalami masalah pergigian khususnya periodontal dan karies.

Penyakit periodontal merujuk kepada masalah gusi yang boleh menyebabkan gigi mudah longgar dan tercabut.

"Jika disahkan mengalami masalah tersebut, pesakit berkenaan akan dirujuk kepada pakar periodontal untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Pergigian Awam dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bagi Pergigian Pakar Kesihatan Awam (MADPHS) ke-5 di sini Sabtu.

Dr Hilmi berkata masalah itu berlaku kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap amalan kesihatan pergigian kendiri yang betul, terutama selepas tamat persekolahan.

Beliau berkata kementeriannya juga akan mengadakan program kesedaran pencegahan dan pengesanan awal masalah pergigian yang memfokuskan kepada penyakit periodontal dalam masa terdekat.

"Program itu akan memberi fokus kepada faktor risiko penyakit pergigian serta kaitannya dengan penyakit tidak berjangkit termasuk kanser mulut dan akan dijalankan secara kolaborasi antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat," katanya.

Dalam perkembangan lain Dr Hilmi berkata pihaknya menyasarkan nisbah pegawai pergigian dengan penduduk negara ini ialah seorang bagi setiap 3,000 penduduk menjelang 2020.

Tahun ini nisbahnya ialah seorang bagi 5,028 penduduk manakala tahun lepas seorang bagi 5,699 penduduk, katanya.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum