FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Tindakan Pantas Polis Berjaya Berkas Dua Lelaki Samun Kedai

View previous topic View next topic Go down

Tindakan Pantas Polis Berjaya Berkas Dua Lelaki Samun Kedai

Post by Info Bola Sepak on Wed 09 Apr 2014, 5:47 pm

MELAKA, 9 April (Bernama) -- Hasil tindakan pantas polis selepas mendapat maklumat awam, dua lelaki yang sedang menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Sri Seledang, Batu Berendam di sini, awal pagi ini berjaya ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi itu, anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati dua pekerja kedai tersebut disamun dua suspek berusia 26 dan 30 tahun dengan seorang daripadanya bersenjatakan sebilah parang.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh dan topeng muka telah bertindak mengarahkan seorang pekerja kedai lelaki dan wanita masing-masing berusia 26 dan 23 tahun itu memasukkan rokok dan wang tunai ke dalam beg yang dibawa mereka.

"Salah seorang anggota kami kemudian menjerit polis! dan mengakibatkan suspek berlari keluar dari kedai berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.



Katanya polis yang mengejar kedua-dua suspek telah melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara sebelum mereka berjaya ditahan di belakang premis tersebut.



Raja Shahrom berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dikehendaki polis sejak tiga bulan lepas dan mereka mengaku melakukan 12 kes samun kedai serbaneka di daerah Melaka Tengah dan Jasin.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4136

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum