FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pusat Pemeriksaan Kesihatan Puspanita Beroperasi Sepenuhnya Julai - KSN

Go down

Pusat Pemeriksaan Kesihatan Puspanita Beroperasi Sepenuhnya Julai - KSN

Post by Info Bola Sepak on Wed 09 Apr 2014, 10:53 pm



PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di Kompleks Puspanitapuri, Presint 10 di sini akan beroperasi sepenuhnya Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata beberapa penambahbaikan masih dilakukan di pusat kesihatan itu termasuk penyediaan peralatan pemeriksaan kesihatan yang lebih lengkap, katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya, Rabu.

Terdahulu semasa merasmikan prapelancaran Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita Puspanita dan Seminar Tahunan 'Wanita Sejahtera, Lelaki Perkasa', Ali berkata pusat pemeriksaan itu terbuka kepada wanita warga Malaysia.

"Ia lebih mengkhususkan atau eksklusif untuk kaum wanita berusia 18 tahun ke atas yang belum mempunyai masalah penyakit kronik dan mahu mengetahui tahap kesihatan dan mendapatkan khidmat nasihat yang sesuai," katanya.

Ali berkata antara pemeriksaan yang dilakukan ialah perubatan, pergigian, pemeriksaan darah, saringan komposisi lemak tubuh, saringan minda sihat dan pemeriksaan khusus untuk pap smear dan payu dara.

"Sebagai nilai tambah, perkhidmatan perancangan keluarga dan prakehamilan juga akan disediakan di pusat kesihatan ini," katanya.

Ali berkata penyediaan pusat pemeriksaan kesihatan itu adalah satu daripada inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan satu mercu tanda baharu bagi kerjasama badan bukan kerajaan seperti Puspanita dengan agensi kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perdana Menteri.

--BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4498

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum