FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Hospital Kepala Batas Sediakan Khidmat Urut Selepas Bersalin

Go down

Hospital Kepala Batas Sediakan Khidmat Urut Selepas Bersalin

Post by Info Bola Sepak on Thu 01 May 2014, 12:27 am

gambar hiasan

KEPALA BATAS, 29 April (Bernama) -- Hospital Kepala Batas di sini akan menyediakan perkhidmatan urut selepas bersalin untuk mereka yang memerlukan rawatan susulan mulai tahun depan.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata perkhidmatan percuma itu juga merupakan sebahagian usaha mempertingkatkan peranan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari HKB.

Bagi tujuan itu, katanya, pihak jabatan akan menempatkan pengamal urut profesional yang bertauliah dengan pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun.

"Tukang urut wanita itu akan berkhidmat secara kontrak di unit itu dan bilik bagi tujuan itu sedang diubah suai.

"Buat masa ini Jabatan Kesihatan negeri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sedang mencari mereka yang layak," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Fiqh Perubatan dan Perubatan Komplementari Peringkat Kebangsaan 2014, di sini Selasa.

Beliau mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bagi merasmikan konvesyen tahunan berkenaan.

Lailanor berkata ketika ini, seorang pengamal akupuntur dan dua pengamal herba onkologi ditugaskan di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari yang merawat antara 12 hingga 17 pesakit sehari.

Katanya bagi pengamal urut tradisional biasa, mereka yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita. bersedia memberi perkhidmatan kepada pesakit angin ahmar serta sakit sendi kronik.

"Sejak Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari dibuka Oktober 2007 hingga Disember tahun lepas, sebanyak 30,546 pesakit telah menerima rawatan dan berdasarkan sambutan menggalakkan itu, kami mungkin akan menambah unit berkenaan di hospital lain di negeri ini pada masa hadapan," katanya.

Terdahulu, dalam teks ucapan Hilmi yang dibaca Lailanor, Hilmi berkata kaedah inovasi diperlukan bagi menyelesaikan isu-isu fiqh sains dan teknologi dalam usaha mengelakkan salah faham dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata langkah itu juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan ekonomi berteraskan inovasi pada masa akan datang.

"Isu-isu fiqh sains dan teknologi bukan menekankan kepada hukum sahaja tetapi membincangkan apa alternatif terhadap sesuatu isu itu," katanya timbalan menteri itu.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4407

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum