FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

286 Perokok Dikompaun Dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau

Go down

286 Perokok Dikompaun Dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau

Post by Info Bola Sepak on Fri 23 May 2014, 12:10 pm


PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Dua ratus lapan puluh enam perokok telah dikompaun hasil daripada pemeriksaan 2,317 kenderaan awam dan 251 hentian pengangkutan awam dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang bermula Jumaat lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 199 kompaun juga telah dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan awam yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok di dalam kenderaan masing-masing.

"Operasi itu juga melihat kepada pematuhan Peraturan 15(4A) PPKHT iaitu larangan menjual, membeli atau memiliki rokok tidak sah. Untuk kesalahan itu lapan perokok telah dikompaun," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata setiap kesalahan akan dikenakan kompaun RM250 dan jika gagal menjelaskannya pesalah boleh didakwa di mahkamah.

Sekiranya didapati bersalah mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, katanya.

Operasi kali keempat itu bermula pada 16 Mei lepas, bertemakan 'Ops Kenderaan Awam', bertujuan menguatkuasakan peraturan larangan merokok di dalam kenderaan awam serta hentian pengangkutan awam dan menguatkuasakan pematuhan pemilik kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam untuk mempamerkan tanda larangan merokok.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4407

View user profile

Back to top Go down

Re: 286 Perokok Dikompaun Dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau

Post by Fieza on Wed 11 Jun 2014, 3:13 pm

tepuk  tepuk  tepuk
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 34
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5755

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum