FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jabatan Kesihatan Anjur Kempen Elak Penularan JE

Go down

Jabatan Kesihatan Anjur Kempen Elak Penularan JE

Post by Info Bola Sepak on Thu 03 Jul 2014, 11:57 am

TASEK GELUGOR, 2 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Pulau Pinang akan mengadakan kempen khas di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, di sini bagi memastikan murid-murid sekolah itu terhindar daripada jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE).

Pengarahnya Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata kempen yang akan diadakan pada Jumaat ini menekankan soal langkah-langkah pencegahan selain memberi pemahaman kepada murid-murid mengenai faktor yang boleh membawa kepada jangkitan virus itu.

"Kami mahu murid-murid faham apa yang sepatutnya mereka buat bagi mengelak daripada dijangkiti virus itu selain langkah-langkah lain yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Seorang murid Tahun Enam sekolah itu disyaki dijangkiti virus JE dan kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini.

Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, pada awalnya dikatakan mengalami demam panas sejak 18 Mei lalu dan dimasukkan ke Hospital Kepala Batas selepas demamnya itu berlarutan sebelum dipindahkan ke hospital swasta itu pada 21 Mei.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum