FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pasukan Petugas Khas Denggi Bermesyuarat 14 Julai - Dr Subramaniam

Go down

Pasukan Petugas Khas Denggi Bermesyuarat 14 Julai - Dr Subramaniam

Post by Info Bola Sepak on Thu 03 Jul 2014, 12:02 pm

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Denggi dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diadakan pada 14 Julai ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Dalam kenyataan Rabu, beliau berkata mesyuarat tersebut akan melibatkan pelbagai kementerian, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi lain.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk menangani kebimbangan umum tentang peningkatan kes demam denggi di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.

Dr Subramaniam berkata bagi tempoh Januari hingga 28 Jun 2014 sebanyak 85 kematian kes denggi telah dilaporkan di seluruh negara berbanding hanya 27 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.



Ini merupakan peningkatan sebanyak 215 peratus atau sejumlah 58 kematian berbanding tahun lepas, katanya.

Dr Subramaniam berkata jumlah kes demam denggi yang dilaporkan bagi tempoh Januari hingga 28 Jun adalah sebanyak 44,518 kes, iaitu peningkatan sebanyak 246 peratus atau 31,660 kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas yang mencatatkan 12,858 kes.

Bagi minggu lepas (tempoh 22 hingga 28 Jun) sebanyak tiga kematian dan 2,289 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, katanya.

Peningkatan yang dicatatkan adalah sebanyak 13 peratus atau 268 kes berbanding minggu sebelumnya yang mencatatkan 2,021 kes denggi, katanya.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4405

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum