FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Lakukan Diagnosis Denggi Jika Pesakit Alami Demam Atau Sakit Badan - Dr Subramaniam

Go down

Lakukan Diagnosis Denggi Jika Pesakit Alami Demam Atau Sakit Badan - Dr Subramaniam

Post by Info Bola Sepak on Thu 03 Jul 2014, 12:04 pm

PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menggesa semua doktor di hospital kerajaan dan swasta agar melakukan diagnosis denggi terhadap pesakit yang mengalami demam atau sakit-sakit badan.

Beliau berkata ini bagi mengesan kehadiran virus itu dari peringkat awal sekali gus mengelak kematian akibat demam denggi.

"Kita lihat seperti kes sebelum ini, mereka yang mendapat denggi tidak dikesan lebih awal dan bila didiagnosis pengesahan denggi hanya diperoleh dalam tempoh tiga hingga empat hari dan tempoh itu agak lama," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Beliau berkata demam denggi lazimnya menyebabkan kematian dalam kalangan penghidap asma, jantung dan kencing manis.

Dr Subramaniam berkata jangkitan denggi kali ini juga lebih serius dan menyebabkan lebih banyak kerosakan organ dalaman seperti hati dan buah pinggang.

"Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan kajian faktor peningkatan wabak termasuk perubahan stereotaip virus denggi selain kekuatan virus yang bertambah," katanya.

Menurut Dr Subramaniam wabak denggi turut berlaku di negara-negara jiran antaranya Singapura yang mencatat 600 kes, selain selatan Thailand dan Filipina.

Katanya bagi tempoh Januari hingga 28 Jun lepas, Malaysia merekodkan 44,518 kes denggi berbanding 31,660 kes bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu meningkat 12,858 kes.

Beliau juga berkata pasukan petugas khas bagi menangani denggi yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengadakan mesyuarat pertama pada 14 Julai ini.

Sementara itu, Dr Subramaniam dalam satu kenyataan berkata susulan kes Ensefalitis Jepun (JE) di Pulau Pinang, pihaknya melaksanakan tindakan kawalan iaitu semburan kabus dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk meliputi kawasan dua kilometer radius daripada sekolah dan kediaman pesakit, termasuk ladang ternakan K***zir yang berhampiran.

Beliau berkata kementerian juga menjalankan pengesanan kes (ACD) terhadap 715 murid di sekolah pesakit itu belajar serta 1,066 pelajar dari sekolah menengah berdekatan dan kesemunya tidak menunjukkan simptom JE.

"Seramai 301 penduduk di sekitar kawasan sekolah dan kediaman pesakit juga telah diperiksa dan bebas daripada simptom tersebut," katanya.

Aktiviti semburan kabus, pemusnahan tempat pembiakan dan 'larvaciding' telah dijalankan di 476 premis, selain pendidikan kesihatan termasuk mengedarkan risalah-risalah berkaitan JE juga disampaikan kepada penduduk setempat.

Muhammad Ammar Muqrish Zulkiffli, 12, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang koma disyaki dijangkiti virus JE dan lebih sebulan dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, Pulau Pinang.



--BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum