FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

100 Kes Denggi Dilapor Di Perlis Setakat 1 Julai

Go down

100 Kes Denggi Dilapor Di Perlis Setakat 1 Julai

Post by Info Bola Sepak on Thu 03 Jul 2014, 12:06 pm

KANGAR, 2 Julai (Bernama) -- Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini Perlis merekodkan 100 kes demam denggi termasuk denggi berdarah.

Ketua Penolong Pengarah Vektor Jabatan Kesihatan Perlis Dr Izwana Hamzah berkata sebanyak sembilan kes baharu dicatat bagi tempoh 22 hingga 28 Jun lalu iaitu di Taman Mutiara, Pekan Baru Kaki Bukit dan Felda Chuping.

Susulan kes baharu tersebut, Jabatan Kesihatan Perlis menjalankan pemeriksaan di seluruh negeri dan mendapati 19 premis positif pembiakan nyamuk Aedes, katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Selain itu, empat kawasan didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi iaitu Kampung Kubang Siput, Taman Mutiara, Pekan Baru Kaki Bukit serta Kampung Baru Bukit Chabang, katanya.

Bagi tempoh 22 hingga 28 Jun lalu, Jabatan Kesihatan juga mengeluarkan enam kompaun selain 54 notis serta 13 operasi mencari dan memusnah sarang Aedes, katanya.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4405

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum