FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Kencing Manis, Darah Tinggi dan juga gout

View previous topic View next topic Go down

Kencing Manis, Darah Tinggi dan juga gout

Post by ANFasyehah on Wed 16 Jul 2014, 4:55 am

sal2 

Batang wali atau nama saintifiknya tinospora atau juga dikenali sebagai brotowoli merupakan tumbuhan yang menjalar dan sering kali dijumpai dipagar2 kawasan tinggal dan mempunyai struktur yang mengerutu. sebelum ini saya sendiri tidak mengetahui khasiat disebalik tumbuhan tersebut. Namun apabila diperkenalkan oleh seorang kawan maka sy banyak membaca mengenai khasiat tumbuhan ini. Antara khasiat yang terdapat didalam batang wali ini adalah secara tradisional untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Tumbuhan ini juga boleh mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, serta mampu membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas batang wali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mampu untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam). Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut).Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis. Kadar ke alkalian yang tinggi didalam tumbuhan ini mampu meneutralkan asid yang berlebihan dalam badan manusia. lebih-lebih lagi bagi penghidap gout. Tahap asid hurik yang tinggi dalam badan manusia mampu dineutralkan oleh batang wali ini. 


ini sahaja dahulu maklumat yang dapat sy kongsi nanti saya akan share lg Smile  jumpa lg.


 sal2

ANFasyehah
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri :
Jawatan : kerani
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 27
Tarikh Register : 16/07/2014
Reputation : 0
Points : 1106

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum