FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Kes Denggi Di Pulau Pinang Meningkat 175%

Go down

Kes Denggi Di Pulau Pinang Meningkat 175%

Post by Info Bola Sepak on Thu 17 Jul 2014, 9:15 am

GEORGE TOWN, 16 Julai (Bernama) -- Bilangan kes denggi di Pulau Pinang mencatatkan peningkatan sehingga 175 peratus dengan 1,017 kes direkodkan sejak Januari hingga 12 Julai lepas berbanding 370 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Dr Afif Bahardin berkata kadar kematian akibat komplikasi deman denggi juga menunjukkan peningkatan sekali ganda dengan empat kematian dalam tempoh tersebut berbanding dua kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata ketika ini terdapat lapan lokaliti wabak terkawal dilaporkan iaitu di daerah Timur Laut, Jalan Macalister, Taman Sri Damai, Jalan Besi dan Jalan Perak di George Town.

Di Seberang Perai Utara, lokaliti tersebut ialah di Taman Sri Serdang dan Kampung Benggali dan Sungai Bakap dan Taman Bistari di daerah Seberang Perai Selatan.

"Terdapat dua wabak tidak terkawal iaitu di lokaliti Flat Telok Indah D2 dan Flat Telok Indah D1 di daerah Seberang Perai Tengah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4583

View user profile

Back to top Go down

Re: Kes Denggi Di Pulau Pinang Meningkat 175%

Post by noorliza on Thu 17 Jul 2014, 12:41 pm

byk tul kes denggi skrg....
ape masalah sbnr ye? kena tgk la longkang2 yg tersumbat tu.. pstu semak samun..
avatar
noorliza
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : nurse
Gender : Female
Jumlah Post : 83
Umur : 33
Tarikh Register : 31/01/2009
Reputation : 1
Points : 3644

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum