FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Tujuh Kematian Akibat Denggi Di Kelantan Sehingga Julai

Go down

Tujuh Kematian Akibat Denggi Di Kelantan Sehingga Julai

Post by Info Bola Sepak on Sun 03 Aug 2014, 4:15 pm


KOTA BAHARU, 2 Ogos (Bernama) -- Kes demam denggi di Kelantan semakin membimbangkan setelah tujuh kematian dicatatkan dalam tempoh Januari hingga Julai lalu berbanding 2013 yang tidak merekodkan kes kematian.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata dalam tempoh tujuh bulan itu, 5,367 kes dicatatkan berbanding 756 kes dalam tempoh yang sama pada 2013.

"Ini menunjukkan peningkatan yang agak tinggi iaitu sebanyak 575 peratus berbanding 2013," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata jajahan Kota Baharu merupakan penyumbang tertinggi kepada kes demam denggi iaitu 79 peratus diikuti Tumpat (10.2 peratus), Bachok (3.6 peratus) dan Tanah Merah (1.7 peratus).

Ahmad Razin berkata 295 lokaliti kes dicatatkan dan daripada jumlah tersebut 39 lokaliti telah dikesan sebagai bintik panas.

"Sebagai contoh, Taman Peradang di sini merupakan sebuah lokaliti kes melibatkan 1,484 penduduk.

"Daripada jumlah penduduk itu, sebanyak 128 orang atau 8.6 peratus telah disahkan menghidap demam denggi dalam tempoh Januari hingga Julai," katanya.

Beliau meminta agar masyarakat mengambil berat isu kesihatan dengan sentiasa memastikan kawasan sekeliling rumah dibersihkan secara berkala.

"Masyarakat perlu memastikan bahawa aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes dilakukan setiap hari termasuklah melakukan kerja-kerja pembersihan sehingga 200 meter daripada kediaman masing-masing," katanya.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4498

View user profile

Back to top Go down

Re: Tujuh Kematian Akibat Denggi Di Kelantan Sehingga Julai

Post by Atie on Mon 04 Aug 2014, 11:35 am

teruknya denggi skrg... smpai mati org....  Shocked
avatar
Atie
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri :
Jawatan : Jururawat U29
Gender : Female
Jumlah Post : 32
Umur : 33
Tarikh Register : 11/10/2006
Reputation : 0
Points : 4398

View user profile http://www.tiada.com.my

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum