FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Risiko Penularan Virus Ebola Di Malaysia Rendah - Subramaniam

Go down

Risiko Penularan Virus Ebola Di Malaysia Rendah - Subramaniam

Post by Info Bola Sepak on Thu 07 Aug 2014, 11:58 am

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Risiko penularan virus Ebola (EVD), sejenis penyakit demam berdarah yang boleh membawa maut, di Malaysia masih rendah memandangkan penularannya kini hanya berlaku di Afrika Barat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sehingga 4 Ogos, sejumlah 1,603 kes termasuk 887 kematian dilaporkan dari empat buah negara di Afrika Barat iaitu Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria.

"Jika mereka hendak datang ke Malaysia, tidak ada penerbangan langsung. Biasanya mereka akan datang menerusi Timur Tengah sebagai pusat utama," katanya.

Beliau berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilengkapi mekanisme imbasan suhu bagi mengimbas suhu badan penumpang.

Bercakap kepada media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini, Subramaniam berkata kementeriannya akan bertindak segera untuk mencegah dan mengawal penularan sekiranya kes import dikesan.

Sehingga kini, katanya, tidak terdapat notifikasi mengenai kes EVD di Malaysia.

Subramaniam menjelaskan penyakit itu hanya menular melalui dua kaedah, iaitu dari binatang yang dijangkiti EVD kepada manusia.

Dan daripada manusia yang dijangkiti kepada orang lain iaitu anggota keluarga terdekat, doktor atau jururawat yang merawati serta mereka yang menguruskan pengebumian mayat mangsa tersebut, katanya.

"Bukan mereka yang duduk di pejabat atau kapal terbang sebab ianya perlu ada kontak yang intim, bendalir tubuh dari orang yang dijangkiti," katanya.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4407

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum