FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Kerajaan Kelantan Anjur Gotong Royong Besar-besaran 19 Ogos Ini Bagi Cegah Denggi

Go down

Kerajaan Kelantan Anjur Gotong Royong Besar-besaran 19 Ogos Ini Bagi Cegah Denggi

Post by Info Bola Sepak on Thu 07 Aug 2014, 12:01 pm

gambar hiasan

KOTA BAHARU, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan melancarkan gotong royong besar-besaran bertemakan "Ke Arah Kelantan Bebas Denggi' secara serentak di tiga kawasan, pada 19 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tiga kawasan itu ialah Telipot, Demit dan Tangjung Cat, yang merupakan antara 20 kawasan panas denggi di negeri ini.

Sebanyak 19 kawasan di Kota Baharu mencatat kawasan panas denggi dan satu kawasan di Tumpat, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, pada Rabu.

Beliau berkata setakat ini, tujuh kematian dicatatkan akibat denggi di Kelantan dengan mangsa terbaharu ialah kanak-kanak berusia empat tahun.

Untuk itu, kerajaan negeri juga akan melakukan gerak kerja secara besar-besaran, termasuk bergotong royong bagi mencegah wabak denggi yang semakin serius di negeri ini, katanya.

Abdul Fattah berkata gerak kerja itu akan melibatkan semua pihak seperti jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata rakyat Kelantan perlu lebih peka mengenai peningkatan wabak denggi di negeri ini.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum