FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

View previous topic View next topic Go down

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Info Bola Sepak on Tue 19 Aug 2014, 12:53 pm

sal2  dan salam 1Malaysia.........

apakah rencah dah percaturan pasukan-pasukan liga Malaysia untuk tahun 2015? pemain mana yang akan berpindah dan pemain mana yang akanmenghangatkan suasana perpindahan untuk musim ini? layan jer update dari aku. aku juga akan update untuk jurulatih sma ada kekal atau pindah.

P/S: gosip senarai perpindahan pemain ini dikutip dari beberapa sumber antaranya media sukan dan juga media sosial. so terpulang pada anda sama ada nak percaya atau tidak. Layan jerr..... 

Senarai Perpindahan Pemain:-

Syahrul Azwari (HMA) ---> Kelantan FA
Kepre Brice Herman Tchetche (Ivory Coast)  ---> Kelantan FA
Ighodaro Christian Osaguona (Nigeria) ---> Kelantan FA
Jonathan McKain (Australia) ---> Kelantan FA
Norfarhan Mohamad (Terengganu FA) ---> Kelantan FA
Abdul Manaf Mamat (Terengganu FA) ---> Kelantan FA
Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan FA) ---> Kelantan FA
Hazrul Mustapha (Perak FA) ---> Kelantan FA
Indra Putra Mahayuddin (Felda FC) ---> Kelantan FA
Khyril Muhymeen (Kedah FA) ---> Kelantan FA

S. Chanturu (Sarawak FA) ---> JDT
Badri Radzi (Kelantan FA) ---> JDT
Junior Eldstal (Sarawak FA) ---> JDT
S. Kunalan (Selangor FA) ---> JDT
Farizal Merlias (Selangor) ---> JDT
Zubir Azmi (Terengganu FA) ---> JDT

Baddrol Bakhtiar (Kedah FA) ---> Pahang FA
Amirul Hadi Zainal (JDT) ---> Pahang FA

Gustavo Fabián López (Argentina /Arema - Indonesia) ---> Terengganu FA
Helmi Remeli (PKNS) ---> Terengganu FA

Razman Roslan (Pahang FA) ---> Selangor FA

Bruno Perone (Icasa - Kelab Brazil) ---> Perak FA
Hafiz Ramadan (Skuad Piala Presiden) ---> Perak FA
Amirul Azhan (Skuad Piala Presiden) ---> Perak FA
Mohd Norhakim Isa (Skuad Piala Presiden) ---> Perak FA
Muhammad Ridzuan Azly Hussam (Skuad Piala Presiden) ---> Perak FA

Rozaimi Abdul Rahman (Sabah FA) ---> Sarawak FA

Obinna Nwaneri (Nigeria / Kelantan FA) ---> ATM
Jerry Palacios (Hinduras) ---> ATM
Norshahrul Idlan Talaha (JDT) ---> ATM
Azmeer Yusoff (Perak FA) ---> ATM

Shakir Ali (Kelantan FA) ---> Kedah FA
Akmal Rizal Rakhli (Sarawak FA) ---> Kedah FA

Faiz Subri (Terengganu FA) ---> Pulau Pinang FA
Mazlizam Mohd (Terengganu FA) ---> Pulau Pinang FA
Mohd Aznie Taib (JDT 2) ---> Pulau Pinang FA
See Kok Luen (JDT 2) ---> Pulau Pinang FA
Redzuan Nawi (SabahvFA)  ---> Pulau Pinang FA
Mohd Azrul Ahmad (ATM) ---> Pulau Pinang FA
Mohd Remezey Che Ros (PKNS) ---> Pulau Pinang FA
Sany Anuar (Sarawak FA) ---> Pulau Pinang FA
Mafry Balang (Sarawak FA) ---> Pulau Pinang FA

Hafiz Kamal (Pahang FA) ---> PDRM

Fauzan Dzulkifli (PKNS) ---> Felda United

Abdul Manaf Mamat (Terengganu FA) ---> T-Team
Mohd Nor Hakim Hasan (Terengganu FA) ---> T-Team
Rosdi Zakaria daripada (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) ---> T-Team
Asroul Abdul Rahman (Sime Darby) ---> T-Team
Kim Tong Chan (Korea Selatan) ---> T-Team

Eddy Helmi Abdul Manan (N. Sembilan FA) ---> Sime Darby
Abdul Halim Zainal (N. Sembilan FA) ---> Sime Darby
Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad  (N. Sembilan FA) ---> Sime Darby
Mohd Alif Shamsudin (N. Sembilan FA) ---> Sime Darby

Jurulatih Liga Malaysia 2015:-

Anuar Abu Bakar - T-Team
Vjeran Simunic - Perak FA

Mohd Syamsol Saad (Perak FA) --> T-Team
Anuar Abu Bakar (T-Team) ---> Selangor FA


Last edited by Info Bola Sepak on Tue 18 Nov 2014, 1:47 pm; edited 17 times in total
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4217

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Info Bola Sepak on Wed 17 Sep 2014, 9:18 am

Perak Buat Persiapan Awal Namakan Jurulatih Dari Croatia

IPOH, 16 Sept (Bernama) -- Jurulatih dari Croatia, Vjeran Simunic dipilih untuk melatih skuad bola sepak Liga Super Perak musim depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin di sini Selasai.

Simunic, 61, sebelum ini merupakan jurulatih pasukan Duli Pengiran Muda Mahkota Club (DPMM FC), Brunei dan berpengalaman mengendali lebih 30 pasukan kelab antaranya Saigon FC (Vietnam).

Zainol Fadzi berkata pemilihan jurulatih itu diputuskan selepas Pafa membuat perbandingan dan penilaian teliti.

"Berbekalkan pengalaman beliau sebagai jurulatih, Pafa percaya beliau mampu membuat perubahan kepada pasukan," katanya.

Zainol Fadzi berkata pelantikan Simunic merupakan persediaan awal pasukan The Bos Gaurus itu selepas gagal untuk menjulang Piala Malaysia tahun ini berikutan tersingkir di peringkat kedua kumpulan.

"Menyusun semula pasukan Perak merupakan inisiatif awal dalam persiapan menghadapi Liga Super musim depan," katanya.

Selain itu beliau berkata Pafa telah bersetuju untuk menamatkan kontrak 10 pemain termasuk tiga pemain import antaranya Md Nor Haziq, Md Hidayat dan Milan Purovic.

Lapan orang pemain dari skuad Piala Presiden pula diserap ke dalam skuad utama tahun depan antaranya Hafiz Ramadan, Amirul Azhan dan Mohd Norhakim Isa.

Beliau berkata Pafa mengekalkan Datuk Azhar Ahmad sebagai pengurus pasukan.

Perak hanya akan mendaftar 22 pemain iaitu 18 pemain tempatan serta empat pemain import daripada jumlah 26 pemain yang boleh didaftar, kata Zainol Fadzi.

"Sekiranya kita memerlukan pemain lain, pendaftaran akan dibuat semasa pendaftaran kedua nanti," katanya.

Sementara itu Simunic berkata beliau akan berusaha membawa Perak menjadi pasukan lebih baik musim depan berlandaskan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

"Kami akan membina pasukan selangkah demi selangkah. Kami akan jadikan Perak pasukan yang lebih baik. Kami menyasar Perak berada di tiga tangga teratas Liga Super musim depan," katanya.

-- BERNAMA


Last edited by Info Bola Sepak on Wed 17 Sep 2014, 9:24 am; edited 1 time in total
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4217

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Info Bola Sepak on Wed 17 Sep 2014, 9:22 am

T-team Tamat Awal Kontrak Jimmy Mulisa
KUALA TERENGGANU, 15 Sept (Bernama) -- Pasukan bola sepak T- Team telah menamatkan kontrak pemain importnya Jimmy Mulisa sebulan lebih awal atas persetujuan bersama, kata Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Abdul Rashid Jusoh.

Beliau berkata pemain itu memohon kontraknya ditamatkan lebih awal untuk menguruskan masalah keluarganya di Belgium.

"Kontrak Mulisa sepatutnya berakhir pada 30 Nov ini setelah menyertai pasukan T-Team pada April lepas," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Abdul Rashid berkata Mulisa telah berjaya menjaringkan tiga gol dalam pertandingan Piala Malaysia musim ini dan pada tahun depan pasukan itu akan turun ke Liga Perdana.

T-Team menggunakan khidmat empat pemain import dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini iaitu Mulisa, Goran Subara, Leandro Dos Santos dan Patrich Wanggai.

Beliau berkata nasib ketiga-tiga pemain import yang lain akan ditentukan apabila kontrak masing-masing berakhir pada 30 Nov ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 12 pemain pasukan Piala Presiden Terengganu akan diserapkan dalam pasukan T-Team tahun depan selaras dengan kehendak kerajaan negeri.

Beliau berkata tahun depan juga, T-Team akan hanya menggunakan khidmat tiga pemain import berbanding empat musim ini.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4217

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Info Bola Sepak on Fri 26 Sep 2014, 11:55 am

Gladiators intai bintang Piala Dunia

Wartawan Sinar Harian

23 September 2014



Jerry Palacios (tengah) antara pemain Honduras yang bermain pada Piala Dunia Brazil, Jun lalu.


FINALIS Piala Malaysia 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semakin hampir menemui pengganti Marlon Alex James apabila dikhabarkan bakal membawa masuk bintang Piala Dunia dari benua Amerika Tengah bagi mengisi bahagian penggempur The Gladiators, musim depan.

Menurut sumber, pemain berusia 32 tahun yang kini beraksi dalam saingan Divisyen Utama di Honduras mula mewakili dalam skuad senior kebangsaan pada Mac 2002 ketika menentang Amerika Syarikat pada aksi persahabatan.

Sehingga Februari 2013, dia sudah mengumpul 13 caps dan menghasilkan lima gol termasuk pernah beraksi dalam empat kejohanan kelayakan Piala Dunia.

Sementara itu,  pengendalinya, B Sathianathan enggan mengulas lanjut berkaitan perkembangan terbaharu ini.

"Siapa pemain itu, saya tak boleh dedahkan. Apa yang pasti, kami akan mendapatkan penyerang yang beraksi di Piala Dunia di Brazil baru-baru ini.

"Tunggulah sehingga ia diumumkan sendiri oleh pihak pengurusan pasukan," katanya.

--- SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4217

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Info Bola Sepak on Sun 19 Oct 2014, 12:38 pm

Kenmogne dalam radar Kafa

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD

17 Oktober 2014




Pancho (belakang, tiga kanan) ketika bersama Persija Jakarta pada 2013. Pemain ini dilaporkan mula dipancing beberapa pasukan Liga Super. - Foto JAKONLINE.ASIA


MUNGKINKAH Emmanuel Kenmogne dari Cameroon bakal menjadi calon pemain import sulung The Red Warriors pada saingan Liga Malaysia musim depan, itu masih menjadi persoalan.

Kehadiran penyerang Persebaya Surabaya yang beraksi dalam Liga Super Indonesia ke Kota Bharu bagi menjalani ujian kecergasan VO2 Max seakan mengesahkan pemain kelahiran Bafoussam kini berada dalam radar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Kenmogne yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sekitar jam 2 petang Rabu lalu, terus dibawa ke Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian bagi menjalani ujian kecergasan sebelum berlepas pulang ke Indonesia, pagi semalam.

Ini diperkukuhkan lagi apabila gambar Kenmogne atau nama jolokannya ‘Pancho’ tersebar dalam aplikasi Whatapps sekali gus menjadi viral dalam kalangan peminat bola sepak negeri pantai timur itu.

Sumber dalaman memberitahu, Kenmogne hadir bagi menjalani ujian kecergasan dalam tempoh singkat di bawah pengawasan pegawai sains sukan USM dan fisioterapi pasukan Kelantan.

“Ujian ini bertujuan untuk menilai peratusan oksigen dan karbon dioksida, kadar denyutan nadi seseorang atlet sukan yang berlari secara berterusan dengan variasi pecutan berbeza,” katanya kepada Sinar Harian.

Apa pun, tiada keraguan mengenai Kenmogne, memandangkan prestasi semasa penyerang berusia 34 tahun itu membuktikan dia mampu menjadi ‘mesin gol’ buat Kelantan berdasarkan keupayaannya meledak 22 gol dalam 19 penampilan bersama Persebaya Surabaya ketika ini.
Kenmogne memulakan karier mewakili Sable FC pada Liga Juara Konfederasi Bola Sepak Afrika musim 2000, selain Royal Antwerp FC (2007-2010), Olympiakos Nicosia (2010-2012), Ethnikos Achna (2012-2013), Persija Jakarta (2013) dan terkini Persebaya Surabaya.

Selain Kelantan, sebuah lagi pasukan Liga Super iaitu Sarawak dikatakan turut berminat untuk menyambar khidmat Kenmogne bagi memperkuatkan jentera penggempur mereka.

Usaha Kelantan untuk mengikat penyerang yang memiliki ketinggian 1.75 meter pernah diterjemahkan Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Facebooknya, dua bulan lalu.
“Rasanya kita telah menemui apa yang kita cari selepas menyaksikan secara langsung aksinya 90 minit dan tiga gol dijaringkan dan menjadikan 20 gol dalam 14 perlawanan. Bakal dinobatkan penjaring terbanyak musim ini di negara dia beraksi,” katanya yang tidak menamakan siapa penyerang itu namun sebenarnya merujuk kepada Kenmogne.

--- SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4217

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Palladium on Wed 22 Oct 2014, 10:48 am

Drogba jadik ke nak main dengan JDT?
avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 39
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3775

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Info Bola Sepak on Mon 10 Nov 2014, 10:38 am

KEMELUT mengenai status perpindahan bek kiri Perak, Azmeer Yusoff ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akhirnya terlerai apabila isu perpindahan berkenaan berjaya diselesaikan baru-baru ini.

Mengulas lanjut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM), Izham Ismail berkata, isu perpindahan berkenaan dilihat selesai  apabila Azmeer akhirnya mencapai kata sepakat dengan pihak pengurusan skuad The Bos Gaurus itu untuk berhijrah menyertai skuad The Gladiators itu musim depan. -  sinar harian
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4217

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Info Bola Sepak on Mon 10 Nov 2014, 10:47 am

Baddrol dikatakan masih berminat mewakili negeri kelahirannya... [Foto: Harian Metro]
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4217

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Info Bola Sepak on Tue 18 Nov 2014, 11:04 am

JERRY Palacios, Pemain Import pasukan ATM 2015
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4217

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Info Bola Sepak on Tue 25 Nov 2014, 12:20 pm

DESAS desus mengatakan skuad Hoben Jang Hoben bakal diperkuat pemain veteran musim depan, nyata tidak menggembirakan penyokong setia mereka.

Menurut sumber, berkemungkinan daripada sembilan pemain tempatan baharu yang akan dibawa masuk, enam daripadanya dipercayai berusia antara lingkungan 31 hingga 36 tahun.
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4217

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum