FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

MBSA Keluarkan 13 Kompaun, Tiga Arahan Tutup Premis Positif Aedes

Go down

MBSA Keluarkan 13 Kompaun, Tiga Arahan Tutup Premis Positif Aedes

Post by Info Bola Sepak on Fri 22 Aug 2014, 12:04 am


SHAH ALAM, 21 Ogos (Bernama) -- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan 13 kompaun dan tiga perintah penutupan sementara terhadap premis tapak binaan yang didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata operasi bersepadu yang dijalankan selama seminggu bermula 9 Ogos lepas telah memeriksa sebanyak 99 premis.

"Sebanyak 17 pasukan khas telah membuat pemeriksaan terhadap kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan 13 kompaun dikeluarkan.

"Sebanyak tiga kawasan tapak pembinaan telah dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan diperintahkan untuk ditutup sementara waktu kerana mempunyai pembiakan jentik-jentik Aedes di sekitar kawasan premis masing-masing," katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Mohd Jaafar berkata tiga kawasan tapak pembinaan yang diarahkan ditutup untuk sementara waktu ialah tapak pembinaan Hospital Shah Alam dan tapak pembinaan I-residence di I-City, kedua-duanya di Seksyen 7 di sini serta tapak projek pembinaan apartmen studio (SOHO) di Seksyen 14 di sini.



Beliau bagaimanapun berkata tapak projek pembinaan i-Residence di I-City dan tapak projek pembinaan SOHO di Seksyen 14 dibenarkan beroperasi semula setelah kerja-kerja pembersihan dilakukan serta mendapat kelulusan daripada MBSA.

Dalam pada itu, Mohd Jaafar berkata MBSA juga akan menubuhkan sebuah lagi pasukan khas yang akan membuat pemantauan khusus di kawasan tempat tinggal penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta.

MBSA telah menubuhkan Bilik Gerakan Denggi bagi memantau dan menerima aduan serta laporan demam denggi daripada hasil pemeriksaan yang dijalankan serta maklumat orang awam.

Bilik Gerakan Denggi boleh dihubungi melalui talian 03-5522 2793 (waktu pejabat).

Sehingga semalam, sebanyak 173,940 risalah diedarkan kepada orang ramai dalam usaha membanteras wabak denggi.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4405

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum