FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Hospital KTS Baharu Dijangka Beroperasi November Tahun Depan

Go down

Hospital KTS Baharu Dijangka Beroperasi November Tahun Depan

Post by Info Bola Sepak on Fri 22 Aug 2014, 12:11 am

DUNGUN, 21 Ogos (Bernama) -- Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS) yang baharu milik Kumpulan Terengganu Development Management (TDM) Berhad dijangka beroperasi November tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif TDM Berhad, Badrul Hisham Mahari berkata pembinaan hospital berkenaan di Batu Buruk kini sudah siap kira-kira 70 peratus.

"Insya-Allah, kami jangka hospital ini akan dapat beroperasi sepenuhnya November tahun depan.

"Bila siap sepenuhnya hospital ini, kami jangka akan dapat memberi manfaat kepada penduduk di negeri ini dengan perkhidmatan kepakaran yang belum ada lagi disediakan buat masa sekarang. Jadi masyarakat di negeri ini tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkhidmatan pakar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri TDM Berhad & TDM Plantation di sini.

Hospital lapan tingkat dengan kos pembinaan kira-kira RM180 juta di kawasan seluas 2.3 hektar itu, menempatkan 130 katil, bagi menggantikan Hospital KTS lama di Jalan Kamaruddin.

Sehingga kini TDM Berhad mempunyai empat hospital pakar iaitu Pusat Perubatan Kuantan (KMC), Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS), Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC) dan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC).

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum