FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Agong Solat Jumaat Dan Solat Jenazah Ghaib Di Masjid Putra

Go down

Agong Solat Jumaat Dan Solat Jenazah Ghaib Di Masjid Putra

Post by Info Bola Sepak on Fri 22 Aug 2014, 3:36 pm

PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib, serta hadir majlis tahlil di Masjid Putra di sini untuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines, Penerbangan MH17.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir solat berjemaah di sini yang diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Khutbah khas bertajuk 'Hakikat Loh Mahfuz' sempena Hari Perkabungan Negara bagi menghormati mangsa tragedi itu dibacakan oleh Syaikh Ismail, yang pada satu ketika, sebak dan mengalirkan airmata semasa menyentuh kewafatan Rasulullah SAW.

Beliau mengajak umat Islam supaya mendoakan agar negara ini dijauhkan daripada segala malapetaka dan kehancuran serta dikekalkan nikmat keamanan.

"Tanamkanlah rasa kasih sayang antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan dalam kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman," katanya.

Beliau juga meminta umat Islam supaya mendoakan seluruh rakyat khususnya keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.

"Marilah bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan kepada saudara-mara dan sahabat handai kita yang telah pergi meninggalkan kita dalam tragedi MH17. Kita mendoakan semoga roh mereka dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT," kata Syaikh Ismail.

Terdahulu pada pukul 12.20 tengah hari, dua jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 disembahyangkan di masjid yang sama dengan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Albakri.

Kedua-dua jenazah itu ialah anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, dan pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, 29.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 untuk dikebumikan.

Penerbangan MH17 Boeing 777-200 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Empat puluh tiga daripada mangsa yang terkorban ialah warga Malaysia dan 20 jenazah yang tiba hari ini merupakan kumpulan pertama yang dibawa pulang.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4498

View user profile

Back to top Go down

Re: Agong Solat Jumaat Dan Solat Jenazah Ghaib Di Masjid Putra

Post by ary_haryati on Sat 23 Aug 2014, 9:59 pm

Very Happy
avatar
ary_haryati
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Perempit Tegar :P
Gender : Female
Jumlah Post : 223
Umur : 31
Tarikh Register : 31/05/2008
Reputation : 9
Points : 4036

Character sheet
Mutiara Kata saya: Tiada Kesenangan Tanpa Kesusahan

View user profile http://ragamuffin_teret@yahoo.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum