FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Kerajaan Belum Cadang Wajib Konsep Bina, Jual Rumah

View previous topic View next topic Go down

Kerajaan Belum Cadang Wajib Konsep Bina, Jual Rumah

Post by Info Bola Sepak on Mon 15 Sep 2014, 7:08 am

KUALA LIPIS, 14 Sept (Bernama) -- Kerajaan belum bercadang untuk mewajibkan pelaksanaan konsep 'bina dan jual' untuk setiap projek perumahan baru seperti mana yang didesak oleh Persatuan Pembeli Rumah (HBA).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kementerian pada dasarnya melihat pendekatan berkenaan tidak dapat menyelesaikan isu kenaikan harga rumah di negara ini.

"Konsep bina dan jual ini tidak perlu diwajibkan, tetapi jika ada syarikat perumahan yang ingin menggunakan konsep ini kita alu-alukan.

"Kita khuatir jika pendekatan ini diwajibkan ia akan memberi kesan kepada pemaju perumahan dan akan mengurangkan projek perumahan sekaligus boleh menyebabkan kenaikan harga rumah," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Cameron Highlands di Felda Sungai Koyan di sini.

Bagaimanapun, katanya, cadangan persatuan tersebut tetap akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam waktu terdekat.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4132

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum