FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Tiada Kes Virus Ebola Di Malaysia - Dr Noor Hisham

Go down

Tiada Kes Virus Ebola Di Malaysia - Dr Noor Hisham

Post by Info Bola Sepak on Tue 16 Sep 2014, 9:53 am

Oleh S. Chandravathani & Siti Salwa Sha'ari KUALA LUMPUR, Sept 15 (Bernama) -- Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan sehingga kini tiada kes virus Ebola dikesan di Malaysia.

Justeru, beliau berkata masyarakat tidak perlu panik dengan laporan berita mengenai seorang pelajar asing dari institusi pengajian tinggi swasta ditahan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, kerana disyaki dijangkiti virus itu.

Beliau menjelaskan pelajar berasal dari Zimbabwe itu, yang berada di negara ini sejak Februari lepas, dikuarantin kerana demam, sakit tekak dan batuk sejak Ahad lepas.

"Ini merupakan prosedur operasi standard (SOP) di mana staf hospital hanya mengambil langkah berjaga-jaga.

"Pelajar berkenaan juga tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa dan tidak mempunyai hubungan dengan pesakit Ebola dalam tempoh 21 hari sebelum menunjukkan gejala," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dr Noor Hisham juga menegaskan bahawa jika benar ada kes Ebola di Malaysia, kementerian akan menjadi orang pertama memaklumkan kepada masyarakat dan juga memberitahu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Beliau memaklumkan buat masa ini Zimbabwe tidak disenaraikan sebagai negara yang dijangkiti Ebola.

Pelajar berusia 24 tahun tersebut sebelum ini telah mendapat rawatan di sebuah hospital pakar swasta di Kuching pada Sabtu lepas sebelum dirujuk ke HUS kerana dikhuatiri dijangkiti virus Ebola.

Penyakit Ebola yang merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan primat seperti monyet.

Sejak Mac 2014, pihak WHO telah memaklumkan tentang kejadian wabak Ebola yang melibatkan empat buah negara di Afrika Barat iaitu Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria.

Jumlah kes Ebola di dunia setakat 12 Sept ini ialah 4,335 termasuk 2,331 kematian.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4498

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum