FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Kes denggi di Kelantan menurun

Go down

Kes denggi di Kelantan menurun

Post by Info Bola Sepak on Tue 16 Sep 2014, 9:58 am

15 September 2014






TUMPAT - Kes demam denggi di Kelantan kini menurun kepada 720 kes berbanding 971 kes tiga minggu lepas, hasil kerja kuat Jabatan Kesihatan dengan kerjasama semua pihak terutama penduduk.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebelum ini Kelantan mencatat 11,000 kes dan menduduki tempat kedua di belakang Selangor (30,000 kes) sejak 28 Julai lepas.

"Jumlah itu disebabkan Kelantan tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan sampah sarap mudah tersangkut dan mengundang nyamuk aedes membiak di kawasan air bertakung," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Jom Ganyang Aedes di Kampung Simpangan di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher, calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail dan kira-kira 300 penduduk yang turut bergotong-royong membersih kawasan persekitaran di kampung berkenaan.

Beliau berkata ekoran kes yang terlalu banyak, banyak pesakit tidak dapat ditempatkan di wad hospital kerajaan terutama Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana katil yang penuh.   

Sehubungan itu, Dr Hilmi berkata kementeriannya bercadang untuk menambah wad dan menaik taraf hospital daerah terutama Hospital Tanah Merah bagi menampung jumlah pesakit luar jangkaaan.
Tahun ini kementerian itu menerima peruntukan RM22 bilion daripada kerajaan pusat termasuk bagi tujuan pembangunan dan pengurusan, katanya. - Bernama
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum