FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

View previous topic View next topic Go down

Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

Post by Info Bola Sepak on Tue 16 Sep 2014, 10:07 am

Kawasaki lebar rangkaian 250cc

Nik N Hidayat

5 Jun 2014


BARU-baru ini, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) melancarkan model supersports yang dikenali sebagai Kawasaki Ninja 250SL untuk melengkapkan rangkaian produk dalam pasaran Malaysia.

Tidak dinafikan ada yang tertanya-tanya bukankah pengeluar terkemuka dari Jepun itu sudah pun memiliki model supersports 250cc iaitu Ninja 250R.

Pengenalan model ini tidak menggantikan model Ninja 250R yang sedia ada dalam pasaran. Sebaliknya, pengenalan Ninja 250SL dibuat bagi memberi lebih banyak pilihan kepada peminat motosikal berkuasa 250cc.

Malah, model ini dikatakan menggantikan Ninja 150RR yang telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun lalu.

Menurut KMSB, terma SL merujuk kepada “Slim” (ramping) dan “Lightweight” (ringan). Ninja 250SL dikuasakan enjin empat lejang dengan sesaran 249cc silinder tunggal dengan sistem sejukan cecair.

Jentera ini mampu menjana kuasa sehingga 28PS @ 9,700 rpm dan tork puncak 22.6Nm @ 8,200 rpm.

“Walaupun ciri-ciri enjin 250SL tidak sama seperti varian KR150 yang menggunakan enjin dua lejang, kami komited dan berusaha untuk memastikan prestasi enjin empat lejang kekal memuaskan,” kata Pengarah dan Pengurus Besar KMSB, Jeffrey Lim.

Enjin empat lejang sejukan cecair yang digunakan sudah terbukti pada jentera sukan lasak KLX 250. Bagi kesesuaian karakter motosikal, enjin tersebut ditala semula.

Kuasa enjin dipindahkan kepada tayar belakang melalui pacuan rantai dan transmisi enam kelajuan.

Pada hari pelancaran, pihak media diberi peluang untuk menguji prestasi Ninja 250SL.

Tunggangan pertama menunjukkan prestasi pengendalian wajar diberi pujian. Ninja 250SL ringan dan memudahkan penunggang mengalih kecenderungan masuk dan keluar di setiap selekoh.

Prestasi enjin silinder tunggal perlu dikerah secara agresif untuk menghasilkan daya pecutan yang lebih baik. Kitaran pertengahan enjin hampir sama seperti Ninja 250R dan memuaskan.

Persepsi awal kepada Ninja 250L lebih baik dengan sistem gear yang lancar dan klac ringan yang mudah dikendalikan.

Kawasaki Ninja 250SL menggunakan tayar berukuran 110/80 pada roda hadapan dan 130/70 pada roda belakang.

Jentera ini dibina di atas kerangka trellis dengan sistem suspensi fork konvensional untuk roda hadapan dan jenis monoshock di bahagian belakangnya.

Tugasan membrek pula diserahkan kepada brek cakera tunggal pada kedua-dua roda. Cengkaman brek adalah memadai bagi tahap kelajuan motosikal ini.

Jentera 250cc baharu yang diperkenalkan mudah untuk mencapai kelajuan 120 kilometer sejam (km/j). Ketika sesi tunggang uji di dalam litar ini, catatan kelajuan tertinggi yang berjaya direkodkan ialah 156 km/j.

Secara keseluruhan, model ini dilihat mampu mengekalkan dedikasi pengeluar gergasi Jepun itu dalam segmen pasaran motosikal 250cc.

Malah, tindakan Kawasaki memperkenalkan Ninja 250SL dianggap sebagai satu langkah yang proaktif sebelum KTM melancarkan dua model supersports mereka tidak lama lagi.

Ninja 250SL dibawa masuk ke pasaran tempatan secara import sepenuhnya (CBU) dari Indonesia.

Kawasaki menawarkan dua pilihan warna menarik iaitu hijau dan kuning dengan harga asas RM17,689 seunit bersama jaminan pengeluar dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km.

--- SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4165

View user profile

Back to top Go down

Re: Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

Post by Info Bola Sepak on Tue 16 Sep 2014, 10:21 am

Kawasaki Ninja 250 SL masuk Malaysia


Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my

Kawasaki Ninja 250 SL menggunakan enjin bersesaran 249cc empat lejang dengan omboh tunggal yang menyalurkan 27 kuasa kuda (hp).

Jentera itu turut berkongsi platfrom dengan motosikal lasak menerusi Kawasaki KLX 250.

Ia didatangkan dengan dua pilihan warna membabitkan hijau serta kuning.

Harga jualan pada RM17,689 dan didatangkan dengan tempoh jaminan dua tahun atau 20,000 kilometer.

--- HARIAN METRO
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4165

View user profile

Back to top Go down

Re: Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

Post by Info Bola Sepak on Tue 16 Sep 2014, 10:22 am

Ninja 250 SL mampu milik

Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my

Selaku peneraju dalam segmen motosikal bersesaran 250 cc di negara ini, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) mahu menawarkan jentera dua roda itu yang mampu milik untuk masyarakat tempatan.

Ini berikutan motosikal dengan nama SL bermaksud ‘Slim and Lightweight’ seperti karakter pada Ninja 150 RR dijual pada harga RM17,689.

Spesifikasi Ninja 250 SL itu, ia dilengkapi kapasiti enjin 249 cc dengan omboh tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 27 kuasa kuda (hp) pada 9,700 rpm serta tork setinggi 22.6 Nm pada 8,200 rpm.

Enjin empat lejang itu tahan lasak kerana ia berkongsi ‘jantung’ dengan motosikal Kawasaki KLX 250. Bagaimanapun, ia menerima talaan semula bagi disesuaikan dengan karekter tung­gangan Ninja 250 SL.

Ia menggunakan transmisi enam kelajuan, malah menjadi pendatang baru dalam motosikal segmen ‘supersport’ kerana beratnya hanya mencecah 148 kilogram (kg) iaitu lebih ringan 24 kg berbanding Ninja 250.

Malah, bentuknya lebih kecil dengan panjang 1.935 meter (m), lebar (0.7 m) dan tinggi (1.075 m), sangat sesuai untuk golongan wanita yang baru berjinak-jinak dalam dunia motosikal berkuasa tinggi.

Model import daripada Indonesia itu menggunakan kerang­ka Trellis yang turut dilengkapi suspensi Uni-Trak pada bahagian belakang dan depan didatangkan dengan teleskopik 37 milimeter (mm).

Ninja 250 SL juga didatangkan dengan dua warna iaitu hijau dan kuning bersama jaminan dua tahun atau perbatuan mencecah 20,000 kilometer.

Sementara itu, Pengurus Besar dan Pengarah KMSB, Jeffrey Lim berkata, Kawasaki 250 SL akan memberi peluang kepada penung­gang motosikal kapcai menukar kepada bersesaran lebih besar.

Menurutnya, kehadiran model itu turut memberi peluang kepada wanita yang mahu menunggang motosikal bersesaran 250 cc kerana ia lebih rendah dan ri­ngan serta mudah dikendalikan.

“Pada masa sama, kami mensasarkan jualan 1,500 unit setahun bagi model ini, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam segmen motosikal bersesaran 250 cc pada tahun ini.

“Tahun lalu, kami mencatat­kan 50.8 peratus penguasaan pasaran dalam segmen berkenaan dengan jumlah pendaftaran 3,100 unit motosikal,” kata­nya.


SPESIFIKASI:

Kawasaki Ninja 250 SL

Enjin: Bersesaran 249 cc, empat lejang, sejukan cecair
Kuasa maksimum: 28 hp pada 9,700 rpm
Tork maksimum: 22.6 Nm pada 8,200 rpm
Transmisi: Enam kelajuan
Berat: 151 kilogram
Kapasiti tangki petrol: 11 liter

--- HARIAN METRO
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4165

View user profile

Back to top Go down

Re: Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

Post by Jururawat_Nakal on Wed 22 Oct 2014, 12:53 pm

stylo.... harga semasa brape ye? pompuan sesuai kan bawak moto ni.... dengan ketinggian org yang bawak 1.65m ok kan?...
avatar
Jururawat_Nakal
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : Jururawat Terlatih U29
Gender : Female
Jumlah Post : 70
Umur : 29
Tarikh Register : 25/01/2007
Reputation : 0
Points : 4002

View user profile

Back to top Go down

Re: Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

Post by ik_acap on Thu 23 Oct 2014, 11:02 am

Laughing Laughing Laughing Laughing
avatar
ik_acap
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri :
Jawatan : PPKP u29
Gender : Male
Jumlah Post : 3
Umur : 27
Tarikh Register : 23/10/2014
Reputation : 0
Points : 1100

View user profile

Back to top Go down

Re: Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

Post by Tetraklorometana on Mon 27 Oct 2014, 11:24 am

Jururawat_Nakal wrote:stylo.... harga semasa brape ye? pompuan sesuai kan bawak moto ni.... dengan ketinggian org yang bawak 1.65m ok kan?...


stedy la..... awek skrang pun ramai dah bawak moto besar.....










avatar
Tetraklorometana
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Pegawai Kesihatan Persekitaran
Gender : Male
Jumlah Post : 30
Umur : 40
Tarikh Register : 18/10/2006
Reputation : 0
Points : 4050

Character sheet
Mutiara Kata saya: pandang depan jer...

View user profile http://www.takbuatlagi.com.my

Back to top Go down

Re: Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

Post by shakira on Mon 27 Oct 2014, 11:41 pm

vrommm!
PINNN! PINNNN!
avatar
shakira
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri :
Jawatan : Pembantu Tadbir
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 21
Tarikh Register : 27/10/2014
Reputation : 0
Points : 1092

View user profile

Back to top Go down

Re: Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

Post by Info Bola Sepak on Mon 10 Nov 2014, 11:38 am

shakira wrote:vrommm!
PINNN! PINNNN!

avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4165

View user profile

Back to top Go down

Re: Kawasaki Ninja 250SL | Harga RM17,689

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum