FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jangan Keliru, Simptom Ebola Sama Seperti Demam Denggi - Subra

Go down

Jangan Keliru, Simptom Ebola Sama Seperti Demam Denggi - Subra

Post by Info Bola Sepak on Wed 17 Sep 2014, 10:39 pm

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Simptom jangkitan virus Ebola (EVD) sama seperti penghidap demam denggi di Malaysia namun memiliki ciri tambahan iaitu risiko sentuhan dengan pesakit EVD atau berkunjung ke negara terjejas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata simptom yang mempunyai persamaan itu ialah demam, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak, sakit perut, muntah, cirit-birit, ruam dan kelesuan.

"Di Malaysia, mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit seperti EVD juga merupakan suspek kes demam denggi, jadi untuk mengaitkan pesakit ini dengan EVD mereka perlu ada ciri-ciri tambahan iaitu ada sentuhan dengan pesakit terbabit, atau menetap dan melancong ke negara penyakit ini sedang aktif," katanya.

Bagaimanapun, wabak EVD mungkin berlaku jika seseorang itu baru pulang dalam masa 21 hari dari negara seperti Guinea, Liberia, Sierra Leone serta Nigeria dan mengalami simptom berkenaan.

Dr Subramaniam berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan kepada Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia di Hilversum, Belanda bagi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di kementeriannya di sini pada Rabu.

Subramaniam juga berkata orang ramai dinasihat tidak menyentuh barangan yang mungkin dicemari cairan badan pesakit seperti darah, najis dan air kencing.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar memaklumkan sejarah perjalanan mereka ke negara terbabit, jika ada, kepada doktor yang merawat.

Beliau juga menyarankan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke negara terbabit namun jika terpaksa diteruskan, mereka perlu mengelak dari melawat isi rumah atau fasiliti kesihatan yang terjejas dengan wabak EVD.

Katanya, kerajaan sudah melaksanakan langkah pencegahan terutama di pintu masuk utama negara iaitu di lapangan terbang seperti mengkuarantin dan memeriksa tahap kesihatan pelancong dari negara terbabit.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang pelajar warga Zimbabwe berumur 24 tahun, yang sebelum ini dikuarantin di Hospital Umum Kuching, Sarawak kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, disahkan negatif selepas ujian makmal ke atas sampel klinikal pelajar itu.

Sehubungan itu, kementerian berkenaan berkata setakat ini, tiada kes EVD dikesan di Malaysia.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum