FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

PPPKAM Desak Kerajaan Patuhi FCTC Berhubung Cukai Tembakau

Go down

PPPKAM Desak Kerajaan Patuhi FCTC Berhubung Cukai Tembakau

Post by Info Bola Sepak on Wed 17 Sep 2014, 10:48 pm


KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) mendesak kerajaan mematuhi komitmen Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) dengan menaikkan cukai bahan tembakau setiap tahun bermula dengan Bajet 2015.

Presiden PPPKAM, Prof Dr Mohamed Rusli Abdullah dalam satu kenyataan berkata, tindakan menaikkan harga runcit rokok tanpa kenaikan cukai bahan tembakau hanya menguntungkan industri.

"Kita mengharapkan kerajaan mengumumkan kenaikan cukai, namun yang berlaku adalah sebaliknya apabila British American Tobacco (BAT) mengumumkan kenaikan harga runcit rokok pada 8 September lalu dan mereka melakukan tindakan yang sama tahun lalu.

"PPPKAM mengalu-alukan langkah menaikkan harga runcit bahan tembakau, termasuk rokok yang selaras dengan komitmen Malaysia dalam FCTC, tetapi kenaikan harga perlu melalui kenaikan cukai ke atas produk tembakau," katanya.

Katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mencadangkan kenaikan berkala bagi memastikan kenaikan harga semua produk tembakau meningkat sekurang-kurangnya lima peratus melebihi kadar inflasi setiap tahun.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, cukai ke atas produk tembakau tidak dinaikkan atas alasan akan membawa kepada kenaikan harga runcit sehingga boleh menyebabkan peningkatan aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok tidak sah," katanya.

-- BERNAMA

avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4405

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum