Bendalir break perlu dijaga
Page 1 of 1•
Bendalir break perlu dijaga
KENDERAAN bergaya dan cantik seakan tidak bermakna sekiranya pemiliknya mengabaikan aspek keselamatan jentera mereka.
Selain penjagaan luaran, dalaman dan enjin, pemilik sering terlupa
serta mengabaikan penjagaan salah satu komponen yang boleh dianggap
penyelamat ketika kecemasan iaitu sistem brek.
Tidak dinafikan kenderaan kini dilengkapi dengan pelbagai
teknologi seperti Brek Anti Kekunci (ABS), Edaran Daya Brek Elektronik
(EBD), Bantuan Brek (BA) dan sebagainya tetapi teknologi berkenaan
tidak bermakna sekiranya pemandu tidak mempedulikan keadaan asas brek
kenderaan mereka.
Kebanyakan pemandu mula menyedari menghadapi
masalah brek ketika gagal memberhentikan kenderaan mereka secara
mengejut dalam situasi kecemasan.
Kebanyakan kenderaan kini
menggunakan brek cakera pada keempat-empat tayar, tetapi ada yang
menggunakan sepasang saja manakala yang lainnya masih mengenakan brek
jenis dram.
Jika diteliti, fungsi brek perkara paling penting selepas penjagaan terhadap enjin kenderaan.
Bagaimanapun, kebanyakan pemilik kenderaan kini tidak mengambil endah
sangat masalah brek, sama seperti mereka menunggu tayar kenderaan
mereka haus sebelum ditukar baru.
Bendalir brek misalnya perlu
dijaga dengan berkala. Bendalir yang berkurangan perlu ditambah dari
semasa ke semasa kerana kekurangan bendalir menyebabkan brek tidak
berfungsi.
Pada masa ini, semua teknologi tidak dapat berfungsi
dengan sempurna menyebabkan kenderaan dipandu tidak dapat dihentikan
pada masa yang tepat.
Kebocoran pada sistem brek hendaklah
diperbetulkan segera kerana pemilik bukan saja akan mendapati bahagian
enjin mereka dikotori minyak brek, malah boleh menyebabkan brek itu
sendiri kurang anjal.
Ada beberapa faktor boleh menyebabkan
brek kenderaan menjadi kurang anjal akibat kekurangan bendalir brek
seperti cakera brek menipis atau haus atau pelapik brek yang kurang
berfungsi.
Bagi mengatasi masalah itu, pelapik brek perlu
diganti segera kerana selain menghasilkan bunyi bising, jarak
pemberhentian menjadi lebih panjang.
Apabila piring brek rosak,
pemilik perlu pula melicinkan semula kerana permukaan kasar pada piring
brek menyebabkan pelapik brek tidak tahan lama.
Elakkan perkara
ini kerana sekiranya ia berlaku, pemilik bukan saja membuang masa,
malah terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membaik pulih kedua-dua
kerosakan itu.
Biar apapun jenis sistem brek dan teknologi yang
digunakan kenderaan, pemilik masih perlu memberi perhatian lebih
kepadanya kerana mereka pasti sukar jika sistem itu rosak.
Selain melihat amaran kerosakan brek pada panel meter, ada beberapa
tanda lain yang boleh dijadikan panduan sekiranya ingin mengetahui masa
sesuai untuk menggantikan brek sebelum rosak sepenuhnya.
Kerosakan boleh dikesan secara manual sekiranya ada bau hangit dari
satu daripada empat tayar kenderaan, brek tidak anjal apabila pedal
ditekan menyebabkan kenderaan berhenti jauh daripada jangkaan dan
mendengar bunyi geseran yang bising ketika melakukan brek.

Fieza- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 521
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

junior ma- Senior [Aktif]
![Senior [Aktif] Senior [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/4_star_rating.gif)

- Posts : 139
Joined : 01 May 2007
Age : 27
Sekarang saya di : johor
Pekerjaan : penolong pegawai perubatan
Character sheet
Mutiara Kata saya: PPP JR.