Chevrolet Captiva - SUV lebih premium
Page 1 of 1•
Chevrolet Captiva - SUV lebih premium
Chevrolet Captiva - SUV lebih premium
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Pasaran segmen SUV atau crossover SUV di Malaysia dilihat
melalui evolusi yang agak pantas. Saban tahun, ada sahaja model-model
baru diperkenalkan melibatkan segmen yang semakin mendapat tempat di
hati pengguna ini.
Bagi pemandu di Malaysia, SUV lebih digunakan sebagai kenderaan harian berbanding untuk kegunaan off-road
memandangkan infrastruktur jalan raya yang ada masih boleh dianggap
baik. Apatah lagi, harganya yang melebihi RM100,000 membuatkan
pemiliknya berfikir 10 kali untuk menggunakannya secara lasak.
Bagi mereka yang memiliki keluarga besar pula, SUV adalah alternatif
terbaik sebagai kenderaan yang boleh menempatkan semua ahli keluarga
dengan selesa, selain dapat memandu sebuah jentera yang jauh lebih sporty dan bergaya.
Berada sebaris dengan rangkaian model crossover SUV lain yang
ada di pasaran seperti Honda CRV, Naza Sorento, Toyota RAV4 dan Hyundai
Santa Fe, buah tangan terbaru daripada Chevrolet ini nyata menyerlah.
Dibangunkan daripada platform GM Theta, model yang diberi nama
Captiva ini dihasilkan oleh pusat reka bentuk GM Daewoo yang
berpangkalan di Bupyeong, Korea Selatan.
Secara kasarnya, fizikal Captiva mempunyai tarikan cukup kuat bagi mereka yang gemarkan kenderaan dengan attitude.
DNA kenderaan buatan Amerika Syarikat (AS) memang jelas terserlah pada
Captiva, biarpun produk jenama Chevrolet ini bukan lagi dibuat di AS
tetapi menerusi syarikat pengeluar kereta miliknya, Daewoo di Korea
Selatan.
Namun begitu, bagi pasaran tempatan, Chevrolet membawa unit crossover SUV ini dalam bentuk CBU (diimport sepenuhnya) dari kilangnya di Rayong Thailand.
Kalau hendak diikutkan, jenama Chevrolet bukanlah asing menerusi
pengenalan model-model seperti Aveo, Optra, Optra5 dan Aveo Notchback.
Ia nampaknya tetap bergelut untuk mendapatkan kepercayaan daripada
pengguna Malaysia yang masih selesa menggunakan kenderaan berjenama
nasional dan Jepun.
Secara jujurnya, ketika mula-mula memegang stereng Captiva, tiada
ekspektasi menggunung yang penulis letakkan padanya. Namun begitu,
persepsi itu pantas berubah apabila Captiva mula meluncur di atas jalan
raya.
Menjadi antara model terawal keluaran Chevrolet menggunakan unit
kuasa diesel, enjin bersesaran dua liter ini terasa cukup responsif.
Justeru, menyusuri lebuh raya yang baru siap menuju ke Putrajaya untuk
sesi fotografi, sukar benar rasanya untuk membuatkan Captiva mematuhi
had laju yang ditetapkan.
Sebabnya mudah, enjin diesel 16 injap VCDi dengan unit turbo intercooler yang dibangunkan oleh GM Daewoo dengan kerjasama GM Powertrain dan VM Motori S.p.A. ini tidak mengecewakan.
Dengan keupayaan menghasilkan 150 hp pada 4,000 rpm dan tork
maksimum 320 NM @ 2,000 rpm, tiada keraguan bahawa ia mampu memberikan
kuasa secukupnya, biarpun terpaksa mengharung perjalanan berbukit atau
memandu di tengah kesesakan jalan raya.
Dipadankan dengan kotak transmisi automatik lima kelajuan tiptronic,
senggukan ketika gear ditukar hampir tidak terasa. Malah, enjin ini
tidak perlu menunggu lama untuk menghamburkan kuasa yang diperlukan.
Sebaik sahaja pedal minyak ditekan, gearnya pantas diturunkan dengan
jarum rpm hanya berkisar antara 2,000 hingga 3,000 rpm sebelum ia
mencapai gear tertinggi.
Bagi mereka yang mahu merasai keseronokan memandu secara manual,
anda boleh berbuat demikian dengan menolak tombol gear ke sebelah kiri
dan mula memilih kedudukan gear sebagaimana yang anda mahukan.
Ruang kabin dengan kapasiti tujuh tempat duduk ini dimonopoli oleh
warna hitam yang menyalut tempat duduk, panel sisi dan papan pemukanya.
Sebenarnya, terdapat banyak ciri yang membuatkan Captiva lebih
premium berbanding mana-mana pesaingnya. Pendingin hawanya dikawal
secara digital, selain paparan digital yang ada di bahagian atas papan
pemukanya memaparkan pelbagai maklumat berguna seperti suhu dalam dan
luar kabin, serta sejauh mana Captiva boleh bergerak dengan bahan api
yang masih bersisa di dalam tangki.
Sistem audionya juga boleh membuatkan anda tersenyum. Kualiti bunyi
yang dihasilkan oleh unit pembesar suara cukup bagus untuk memainkan
apa juga genre muzik yang anda gemari.
Paparan meter analognya cukup ringkas, tetapi di sebalik latar hitam
itu tersembunyi ikon-ikon yang akan menyala apabila butangnya ditekan.
Sementara kemasan warna titanium pada bahagian sisi konsol tengahnya
serta krom yang terdapat di tombol audio serta pendingin hawa
membuatkannya nampak kemas dan elegan.
Menyumbang kepada kestabilan pemanduan juga ialah sistem suspensi
bebas pada keempat-empat rodanya. Roda hadapan Captiva menggunakan
khidmat topang MacPherson dengan bar penstabil, manakala roda belakang
pula dipasang dengan suspensi jenis Multi-linik, lengkap bersama sistem
self leveling.
Sistem ini berfungsi menaikkan suspensi roda belakang lebih tinggi
secara automatik apabila anda membawa beban yang berat. Ini bagi
memastikan keseimbangan berat antara bahagian depan dan belakang berada
dalam keadaan sempurna.
Chevrolet Captiva 2.0L diesel ini ditawarkan pada harga RM156,360 seunit tanpa insurans.

![]() |
| KONSOL tengahnya menampilkan reka bentuk ergonomik dengan semua butang pendingin hawa dan audio dapat dicapai dengan mudah. |

Fieza- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 521
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Chevrolet Captiva - SUV lebih premium
kalau rosak pening kepala nak cari spare part. sbb ada sorang member tu dia pakai optra, ada satu spare part dia rosak pastu kena order kat oversea tak ke pening kepala!

zaki78- VIP Forum

- Posts : 401
Joined : 15 Mar 2007
Age : 29
Sekarang saya di : pkd
Pekerjaan : mlt
Character sheet
Mutiara Kata saya: proud be your self!

sHy- Super Senior [Aktif]
![Super Senior [Aktif] Super Senior [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/6_star_rating.gif)

- Posts : 397
Joined : 27 Nov 2007
Age : 25
Sekarang saya di : Pulau Mutiara & Darul Iman
Pekerjaan : Dressa
Character sheet
Mutiara Kata saya: One Long Journey, Start With One Step..!!!