Gen2: Sentuhan lebih sporty

View previous topic View next topic Go down

Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by Fieza on Sat 29 Mar 2008, 8:34 am

Sentuhan lebih sporty

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Setelah mencatat jualan sehingga 28 peratus ketika ekspo
pemotoran di Thailand pada tahun lalu, model Gen2 yang dilengkapi
dengan teknologi IAFM dan CPS ini sudah bersedia untuk menerima
tempahan daripada anda.







MERUPAKAN model kedua yang dibangunkan sepenuhnya selepas Waja,
Proton Gen2 sememangnya menjadi titik penting dalam revolusi Proton
menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing.
Malah, nama Gen2 (membawa maksud generasi ke-dua) juga dipilih
sebagai tanda kesungguhan Proton dalam menghasil dan mengaplikasikan
enjin buatannya sendiri yang diberi nama Campro.
Ia sekali gus membuktikan komitmen Proton untuk mengurangkan (atau
menghilangkan terus) kebergantungan terhadap bekalan enjin daripada
pengeluar lain seperti Mitsubishi dan Renault.
Dihasilkan sebagai pengganti kepada model Wira yang sudah berusia,
Gen2 yang mula diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2004 sedikit pun
tidak membawa imej sedan popular itu. Penampilannya jauh lebih segar
dan bergaya berbanding model-model Proton terdahulu.
Mungkin atas alasan itu, Gen2 pantas mendapat perhatian khalayak.
Namun, keghairahan itu tidak bertahan lama apabila timbul beberapa
rungutan terhadap produk ini.
Antaranya ialah kualiti kemasan dalaman (berwarna beige) yang
kelihatan seperti plastik murah. Selain itu, darjah penglihatan
(visibility) bahagian belakang yang dikatakan tidak cukup bagus kerana
reka bentuk cermin menirus juga mendapat kritikan.
Tidak cukup dengan itu, reputasi Gen2 terus tercalar dengan dakwaan
enjin Campro (lebih-lebih lagi varian 1.3 liter) itu tidak cukup
berkuasa, terutama pada hamburan kuasa torknya. Ini sekali gus
membuatkan Gen2 terasa agak lembap ketika dipandu.






Namun begitu, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, rupa bentuk
Gen2 yang menarik membolehkan model tersebut terus mendapat sambutan,
biarpun tidaklah sehebat sewaktu awal pelancarannya.
Selepas hampir empat tahun bertahan di pasaran, Proton tekad
memperbaiki keadaan. Mahu menghidangkan produk yang lebih bermutu,
Proton melancarkan model facelift Gen2 yang sarat dengan pembaharuan
pada Isnin lalu.
Sebagaimana yang anda sedia maklum, model ini sudah pun
diperkenalkan di Thailand pada Thailand International Motor Expo,
November 2007.
Dipasarkan dalam dua varian iaitu medium line (ML) dan high line
(HL) dengan sesaran enjin 1.6 liter, perubahan penting pada Gen2
pastinya pengunaan sistem IAFM dan CPS (Cam Profile Switching) pada
enjinnya.
Sistem IAFM pada model medium line ini adalah lanjutan
penambahbaikan kepada sistem sama, yang sebelum ini dipasang pada model
Proton Saga baru. Enjin IAFM didakwa mampu menghasilkan kuasa tork
lebih baik ketika putaran enjinnya (rpm) adalah rendah.
Ciri ini memberikan prestasi pecutan lebih lancar dan mengurangkan
rasa kekurangan kuasa ketika hendak memotong, selain memberi
keseronokan ketika memandu di bandar.
Secara teorinya, enjin yang dilengkapi dengan CPS juga berperanan
menawarkan kuasa dan tork lebih tinggi. Sistem CPS turut meliputi
teknologi VIM (Variable Intake Manifold) yang membolehkan campuran
bahan api lebih efisien ketika putaran rpm rendah.






Hasilnya, enjin yang baru-baru ini dipasang pada model facelift Waja
CPS mampu menghasilkan kuasa sehingga 125 hp berbanding hanya 110 hp
pada enjin Campro lama.
Menyentuh penampilan luarannya pula, Gen2 menerima reka bentuk gril
hadapan yang baru. Wajah Gen2 semakin sporty menerusi penggunaan
skirting hadapan dan belakang selain perumah lampu utama berwarna
hitam.
Manakala bahagian belakang Gen2 tidak menunjukkan perubahan ketara
selain spoiler yang terpasang di sana. Selain itu, pemandu juga kini
sudah boleh membuka ruang kargo dengan hanya menekan butang khas pada
kuncinya. Menyempurnakan lagi perubahan Gen2 ialah reka bentuk rim aloi
enam jejari bersaiz 16 inci.
Ruang kabin menerima proses naik taraf yang paling ketara. Bagi
model high line, anda tidak akan menemui lagi plastik-plastik murah
kerana ia telah digantikan dengan kemasan kulit berwarna hitam dan
merah.
Biarpun papan pemukanya masih mengekalkan reka bentuk sama, lokasi
yang menjadi perumah kepada sistem audio ini nampak lebih kemas dengan
penggunaan material berkualiti tinggi berwarna hitam dan perak. Di
bahagian bawahnya pula, terdapat tiga tombol kawalan pendingin hawa
yang disusun atur secara menegak.
Stereng yang dibalut dengan kulit sedondon turut dilengkapi dengan
butang kawalan audio. Meter gabungan analog dan digital nampak
menyerlah dengan lampu latar berwarna merah. Gen2 juga menyediakan
banyak ruang menyimpan barang kepada setiap penumpangnya.
Penulis harus mengakui bahawa segala perubahan ini telah membuatkan
kokpit Gen2 jauh lebih baik berbanding sebahagian model sekelasnya
berjenama Korea atau Jepun.
Aspek keselamatan Gen2 tidak diketepikan. Model ini memiliki dua beg
udara bagi model HL dan satu beg udara (model ML). Memantapkan lagi
pengendalian Gen2, model ini dilengkapi dengan sistem brek ABS, EBD
(electronic brakeforce distribution) dan ciri auto cruise.
Berdasarkan kepada transisi ini, Pengarah Urusan Proton Holdings
Berhad, Datuk Syed Zainal Syed Abidin Syed Mohamed Tahir yakin bahawa
Gen2 bakal menerima maklum balas positif. Justeru, pihaknya telah
meletakkan sasaran jualan Gen2 sebanyak 3,000 unit sebulan.






Gen2 hadir dalam empat warna, dengan dua warna baru iaitu Hibiscus
Tea dan hitam selain warna perak serta putih. Harganya di atas jalan:
Model HL (A/T) RM60,488, Model HL (M/T) RM57,488, Model ML (A/T)
RM56,488 dan Model ML (M/T) RM53,488.
Model HL dengan CPS ini sudah berada di bilik pameran proton sejak 5
Mac lalu, sementara model ML pula boleh anda saksikan bermula 25 Mac
nanti.
Sama seperti anda, penulis tidak sabar untuk memandu uji Gen2 dan
menilai sendiri sejauh mana ia mampu mengubah rasa skeptikal orang
ramai terhadapnya selama ini.

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 563
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

Re: Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by Nei_feng on Sat 29 Mar 2008, 11:40 pm

perangai org proton ..... teringin nak tengok wira.. generasi kedua.

Nei_feng
VIP Forum
VIP Forum

Gender:MalePiscesGoat
Posts : 402
Joined : 06 Mar 2008
Age : 29
Sekarang saya di : sini
Pekerjaan : Penjawat Awam(KKM)

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Re: Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by zulk on Sun 30 Mar 2008, 8:14 am

std lar.. musti kuo 2nd generation nyer.. ari kte nk stop wira..tp ada lg.. bwt kosmetik make over
zulkf 'NEED FOR SPEED'

zulk
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleTaurusRooster
Posts : 1196
Joined : 29 Sep 2006
Age : 99
Sekarang saya di : anywhere but home...
Pekerjaan : PPP (MA)

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

Back to top Go down

Re: Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by zolwira on Thu 22 May 2008, 4:39 pm

Klinik gua dalam kilang le..

zolwira
Ahli Forum
Ahli Forum

Gender:MalePiscesRooster
Posts : 5
Joined : 28 Oct 2006
Age : 39
Sekarang saya di : Ipoh
Pekerjaan : Barge Medic TL Offshore (SapuraCrest Petroleum)

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Re: Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by sagit's on Thu 22 May 2008, 10:35 pm

Gen2...mmg best... bunga
Gen2 i dh nk genap 3thn...besday Gen2 kita 27.8.2005...
Test sMPi rapat meter best...sedap je...1.6 ler...

sagit's
Kerabat Forum Paramedik
Kerabat Forum Paramedik

Gender:FemaleSagittariusRooster
Posts : 864
Joined : 17 Apr 2008
Age : 26
Sekarang saya di : WoRLd Of ReHaB
Pekerjaan : ThERaPist

Character sheet
Mutiara Kata saya: Never Say NO.. BeFore U TrY iT..

Back to top Go down

Re: Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by zulk on Fri 23 May 2008, 11:07 pm

menarik gak gen2 yg ni..
zulkf 'NEED FOR SPEED'

zulk
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleTaurusRooster
Posts : 1196
Joined : 29 Sep 2006
Age : 99
Sekarang saya di : anywhere but home...
Pekerjaan : PPP (MA)

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

Back to top Go down

Re: Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by s2678 on Fri 23 May 2008, 11:57 pm

Kalao Proton keluar Produk terbarunya mesti kata better then this...

s2678
Senior [Aktif]
Senior [Aktif]

Gender:MaleGeminiHorse
Posts : 199
Joined : 11 Feb 2007
Age : 30
Sekarang saya di : KINTA
Pekerjaan : PPP

Back to top Go down

Re: Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by sagit's on Sat 24 May 2008, 1:34 pm

mstila... queen

sagit's
Kerabat Forum Paramedik
Kerabat Forum Paramedik

Gender:FemaleSagittariusRooster
Posts : 864
Joined : 17 Apr 2008
Age : 26
Sekarang saya di : WoRLd Of ReHaB
Pekerjaan : ThERaPist

Character sheet
Mutiara Kata saya: Never Say NO.. BeFore U TrY iT..

Back to top Go down

Re: Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by zulk on Sun 25 May 2008, 8:38 pm

the latest the better... standard lar.. x kan aku kluo produk baru nk cakap yg lama lg baik.. ini semua strategi pemasaran bro..
zulkf 'NEED FOR SPEED'

zulk
Staff Pemudah Cara
Staff Pemudah Cara

Gender:MaleTaurusRooster
Posts : 1196
Joined : 29 Sep 2006
Age : 99
Sekarang saya di : anywhere but home...
Pekerjaan : PPP (MA)

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

Back to top Go down

Re: Gen2: Sentuhan lebih sporty

Post by Zero Cool on Tue 27 May 2008, 1:18 am

tapi kalo satria neo kuar model sedan...fuh lagik ngancam....fuh melele siut...reka bntuk satria neo tu dh mmg cukup ekslusif...tp kalo dalam bntuk sedan lagik dinamik.....mmg aku nk beli buat sport car dn msuk Autoshow....

Zero Cool
Super Senior
Super Senior

Gender:MaleCancerMonkey
Posts : 273
Joined : 02 Nov 2007
Age : 28
Sekarang saya di : Hospital Muor
Pekerjaan : Pembantu Perubatan U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: lihat la orang bawahan sekiranya anda telah mnjadi orang atasan...sesungguhnye tkde orang bawahan, tkkan kamu duduk dipihak atasan..

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum