Kelebihan dan kekurangan tayar mengikut jenis

View previous topic View next topic Go down

Kelebihan dan kekurangan tayar mengikut jenis

Post by Fieza on Fri 11 Apr 2008, 9:20 pm

Kelebihan dan kekurangan tayar mengikut jenis


SOALAN:
Saya menggunakan Wira 1.5 SE dengan tayar asal
205/45 R16 83V tetapi ia mengeluarkan bunyi deru yang kuat. Apakah saiz
tayar yang sesuai dan jenama tayar yang kurang bising.
Azman Johari, KL
MEKANIK SIGAP:
Pertama sekali, saya ingin menjelaskan
pembuatan tayar dilakukan mengikut carta labah-labah (spider chart)
yang bermaksud jika ia mempunyai kelebihan dalam keadaan tertentu pasti
akan kekurangan pada aspek lain.
Kita ambil contoh jika tayar X dicipta untuk lebih keselesaan, ia
tidak akan memberikan nilai yang sama dalam aspek kestabilan, terutama
ketika melalui kawasan berselekoh.
Begitu juga dengan tayar Y yang direka untuk lebih pecutan dan cengkaman, ia pasti tidak sesenyap tayar X.
Pengilang tayar tidak dapat menyediakan semua ciri-ciri penting untuk memenuhi permintaan pengguna pada satu-satu tayar.
Dalam kes pengadu, penggunaan tayar 205/45 R16 83V adalah tayar
berprofil rendah yang dicipta untuk menghasilkan cengkaman dan
kelajuan, sebab itu ia ditandakan dengan indeks kelajuan `V'.
Tayar ini mempunyai susunan bunga yang lebih kasar dan dinding tayar
rendah yang menghasilkan bunyi lebih kuat tetapi mampu menampung
kelajuan sehingga 240 kilometer sejam.
Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh tempoh penggunaannya. Semakin
nipis bunga tayar semakin jelas deruan yang dihasilkan. Ia tidak
melibatkan sebarang kerosakan tetapi perkara normal dalam pemanduan
kenderaan.
Sekiranya bercadang untuk menukar tayar kereta, bolehlah
pertimbangkan tayar baru dari Good Year yang akan berada di pasaran
tidak lama lagi. Baru-baru ini Mekanik Sigap berpeluang menguji tayar
Good Year Assurance di Litar Antarabangsa Sepang.
Sepanjang sesi uji pandu, terbukti tayar ini lebih mencengkam di
semua permukaan jalan termasuk jalan basah, lebih senyap dan selesa.

Fieza
Otai Forum (Kerabat Kehormat)
Otai Forum (Kerabat Kehormat)

Gender:FemaleScorpioPig
Posts : 521
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

Back to top Go down

Re: Kelebihan dan kekurangan tayar mengikut jenis

Post by libas on Thu 07 Aug 2008, 7:41 pm

ko dh lma ke pkai taya tu fiza?tyre klau ikut bleh thn 2thn je..klau da bunyi slaluy taya dh keras.

libas
Junior [Aktif]
Junior [Aktif]

Gender:MaleAquariusGoat
Posts : 37
Joined : 25 Jul 2008
Age : 28
Sekarang saya di : utara
Pekerjaan : mlt

Character sheet
Mutiara Kata saya: kerjalah kamu,sebelum kamu dikerjakan

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum