Megane F1 Team R26 - bakal kukuhkan Renault
Page 1 of 1•
Megane F1 Team R26 - bakal kukuhkan Renault
Megane F1 Team R26 - bakal kukuhkan Renault
Oleh JOHARDY IBRAHIM (johardy.ibrahim@utusangroup.com.my)
SETELAH beberapa ketika sekadar melihatnya di laman web, peluang
menyaksikan secara langsung Clio Renault akhirnya tercapai pada Khamis
lalu. Bertempat di Medan Go-Kart Sepang F1, kenderaan yang diberi
penambahbaikan dan kemudian dinamakan Clio Renault F1 Team R27 berwarna
hitam disusun bersama tiga lagi model.
Tiga lagi model ialah sebuah edisi khas Megane F1 Team R26, kereta
mewah bumbung boleh dibuka, Megane Coupe Cabriolet dan kenderaan
pelbagai guna (MPV), Grand Espace yang serba baru.
Keempat-empat model diimport sepenuhnya (CBU) Renault itu dibawa
oleh TC Euro Cars (TCEC) iaitu pengedar tunggal Renault yang bakal
secara rasmi dijual di pasaran Malaysia pada Julai ini.
Lebih menyeronokkan sesi prebiu kereta-kereta berkenaan disertai
oleh pemandu kedua pasukan Formula Satu Renault iaitu Nelson Piquet Jr.
dan pemandu uji, Romain Grosjean yang kemudiannya berentap go-kart
dengan wartawan.
Kesemua kereta tersebut diperagakan di ibu pejabat dan bilik pameran
Renault sejak semalam hingga esok. Malah, orang ramai yang berminat
mungkin boleh membuat tempahan terhadap kenderaan pilihan mereka.
Megane F1 Team R26
Asalnya, model ini dibangunkan sebagai memperingati kemenangan
Renault dua tahun berturut-turut dalam kategori syarikat pengeluar
dalam kejohanan perlumbaan Formula Satu dunia pada tahun 2005 dan 2006.
Model ini dibangunkan oleh Renault Sport Technologies dan merupakan
model paling sporty di kalangan model Megane Renault Sport dan dipilih
sebagai Model Sports Terbaik Tahun 2007 oleh sebuah majalah pemotoran
Perancis. Selain itu, majalah Autocar (UK) menganugerahkan R26 hadiah
Best Hot Hatch 2007.
Model R26 ini menggunakan chasis Cup dengan penetapan ciri serba
baru yang memberi pengendalian lebih kemas bagi menyokong enjin turbo
2.0 16V yang menjana 230 kuasa kuda (169kW) dan brek Brembo yang sekali
gus menjadikannya kereta kompak paling prestasi tinggi di pasaran.
Ia menggunakan gear manual 6-kelajuan berupaya memecut daripada
kedudukan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 6.5 saat. Sejak dilancarkan
pada Mac 2003, sebanyak 13,000 buah Megane Renault Sport telah dijual
di seluruh dunia.
Secara umumnya, ramai yang melihat model ini akan memberi saingan
kepada Volkswagen Golf GTi yang berharga kira-kira RM200,000 sebuah.
Ini didorong oleh kehebatan enjin dan saiz kompak kenderaan yang sama
dengan Clio.
Pengurus Besar TCEC, Teh Kim Hwa ketika ditemui di acara tersebut
Khamis lalu, berkata, harga model R26 tersebut belum mendapat kelulusan
daripada pihak berkuasa.
‘‘Bagaimanapun, kita meletakkan sasaran untuk menjualnya pada harga sekitar RM180,000 sebuah,” katanya.
Kesemua model itu masing-masingnya menerima anugerah 5 bintang daripada segi penarafan keselamatan oleh Euro NCAP.
Clio Renault F1 Team R27
Clio R27i memiliki chasis Cup kukuh yang memberi rasa lebih sporty
dengan kejituan tinggi. Dijana oleh enjin 2.0 liter 16V yang mampu
mencapai 200 kuasa kuda (145kW) dengan tork maksimum 215 Newton Meters
(Nm).
Direka juga oleh Renault Sport Technologies, ia dipasang dengan
kotak gear manual enam kelajuan yang mendorong tork 215Nm pada 5,550
rpm. Lebih memantapkan rasa sporty, ia menggunakan kerusi Recaro yang
dilengkapkan dengan beg udara sisi.
Megane Coupe Cabriolet
Model ini merupakan kereta pertama di dunia yang ciri standard
bumbungnya boleh dibuka dan ia disasarkan untuk pelanggan mewah. Dengan
empat tempat duduk, ruang barangan yang sebesar kereta sedan, model ini
tentunya menawarkan lebih banyak berbanding cabriolet konvensional.
Berdaya elegan dan dinamik, Megane ini menggunakan enjin 2.0 liter
dengan 135 kuasa kuda. Ia dipasang dengan beg udara khas bersesuaian
dengan kereta tidak berbumbung bagi kerusi depan.
Grand Espace
Untuk selama lebih 20 tahun, Espace (sebut E-spas) telah unggul
sebagai penanda aras bagi MPV dan merupakan peneraju segmen itu.
Berhadapan dengan persaingan sengit di pasaran, Grand Espace serba baru
melakukan konsolidasi status tersebut dengan reka bentuk lebih ‘lembut’
yang mengekalkan rupa yang segar dan moden.
Suatu kesenangan dalam setiap segi, Grand Espace serba baru
menggunakan enjin turbo 2.0 liter, terbaik dalam kelasnya daripada segi
prestasi dan keseronokan pemanduan. Memiliki pelbagai ciri-ciri
menarik, MPV ini memiliki fleksibiliti tempat duduk. Ciri-ciri
teknologinya pula memenuhi keperluan keselamatan dan kecekapan, dengan
adanya Program Penstabilan Secara Elektronik (ESP), brek meletak kereta
automatic dan pendingin hawa automatik dengan kawalan depan dan
belakang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web : www.renault.com.my.

![]() |
| CLIO Renault F1 Team R27 |

Fieza- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 563
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Megane F1 Team R26 - bakal kukuhkan Renault
wa lebih suka product from japan..

Nei_feng- VIP Forum

- Posts : 402
Joined : 06 Mar 2008
Age : 29
Sekarang saya di : sini
Pekerjaan : Penjawat Awam(KKM)
Character sheet
Mutiara Kata saya:
Re: Megane F1 Team R26 - bakal kukuhkan Renault
kawe still minat ngn japan car.. dasar pandang ke timur beb..
zulkf 'NEED FOR SPEED'

zulk- Staff Pemudah Cara

- Posts : 1196
Joined : 29 Sep 2006
Age : 99
Sekarang saya di : anywhere but home...
Pekerjaan : PPP (MA)
Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...
Re: Megane F1 Team R26 - bakal kukuhkan Renault
yesssss. long live honda 70s

Nei_feng- VIP Forum

- Posts : 402
Joined : 06 Mar 2008
Age : 29
Sekarang saya di : sini
Pekerjaan : Penjawat Awam(KKM)
Character sheet
Mutiara Kata saya: