Mercedes-Benz C-Class makin gagah
Page 1 of 1•
Mercedes-Benz C-Class makin gagah
Mercedes-Benz C-Class makin gagah
Oleh JOHARDY IBRAHIM (johardy.ibrahim@utusangroup.com.my)
Mercedes-Benz C-Class atau nama kodnya, W203 telah berada di atas
jalan raya Malaysia sejak tahun 2000 dengan kira-kira 8,000 buah telah
terjual.
C-Class terus mengungguli segmen kereta mewah pertengahan, didorong
oleh minat ramai rakyat Malaysia terhadap kereta mewah berprestasi dan
berprestij menggunakan jenama Mercedes-Benz.
Malah, jika yang belum mampu untuk membeli model baru sekali pun,
C-Class yang dikeluarkan pada tahun 2004 masih boleh dimiliki pada
harga RM150,000 hingga RM180,000 sebuah untuk kategori kereta terpakai,
reconditioned (terpakai dari luar negara) atau yang ditala (tuned-up).
Walau apa kategori kereta yang anda miliki, semuanya akan meningkatkan
lagi populariti C-Class.
Langkah Mercedes-Benz memperkenalkan versi terbaru C-Class atau W204
tahun lalu, nyata menyemarakkan minat penggemar Mercedes-Benz, malah
menarik minat mereka yang selama ini menganggapnya tidak lebih kereta
‘orang kaya tua’. Pembaharuan yang dibuat, terutama luaran begitu
kontemporari dan sporty.
Mengikut sumber tidak rasmi, tempahan bagi C-Class serba baru
mempunyai tempoh menunggu sehingga lebih empat bulan sekarang. Dan
meskipun mempunyai kilang pemasangan bertaraf global di Pekan, Pahang,
Mercedes-Benz tidak berhasrat meningkatkan kapasiti sesuka hati demi
menjamin kualiti berterusan.
Sambutan luar biasa yang diterima itu tidak boleh dinafikan.
Daripada luaran, C-Class serba baru ini, terutamanya Avantgarde
bagaikan sebuah CL-Class. Lihat pada jeriji depannya dengan lambang
bintang tiga yang besar dan lubang angin di bawah bamper menyerlahkan
ciri-ciri sporty kereta ini.
Ia sebenarnya reka bentuk bintang tiga Mercedes-Benz yang klasik
tetapi disebabkan ia kerap dipadankan dengan model sports Mercedes,
persepsi yang melekat pada minda terutama generasi muda ialah ia
mewakili simbol sporty.
Bagi varian Classic dan Elegance, reka bentuk jeriji menggunakan
rekaan tradisional Mercedes-Benz. Varian Avantgarde yang memaparkan
rekaan depan sporty.
Malah, pemiliknya juga boleh memilih pakej aksesori AMG sports yang
merangkumi skirt sisi dan apron depan belakang yang menonjol, rim roda
AMG enam jejari berkembar 17 inci, cakera brek besar depan dengan
kaliper brek aluminium dan ruang masuk udara yang diubah suai bagi
memberi kesan enjin lebih sporty.
Lampu depannya tidak lagi berupa ‘mata kacang’ yang merupakan nama
timangan C-Class di Malaysia, sebaliknya mengikut gaya konvensional.
Bila dipandang daripada tepi, ketara kelihatan satu garisan
membentuk lekuk yang mirip kepada S-Class. Jika reka bentuk luaran ini
tidak mengancam dan mendebarkan, anda sememangnya bukan peminat
Mercedes-Benz.
Satu reka bentuk inovasi terbaru pada C-Class ialah reka bentuk
lampu belakangnya yang berlekuk di tengah. Ia memastikan aliran angin
daripada bawah badan kereta.
Pakar aerodinamik Mercedes-Benz menyifatkan rekaan seumpamanya mampu
mempengaruhi aliran angin di sepanjang sisi badan dan dialihkan pada
lampu belakang yang berlekuk. Semuanya ini bagi mengurangkan halangan
angin yang bermakna penggunaan bahan api yang efisien.
C-Class W204 ini 55 milimeter (mm) lebih panjang daripada W203 pada
4,581 mm panjang. Lebar badannya juga bertambah sebanyak 42 mm menjadi
1,770 mm, dengan asas roda dipanjangkan 45mm menjadi 2,760 mm.
Penambahan dalam dimensi luaran bermakna penambahbaikan ruang
dalaman, misalnya ruang bahu bagi penumpang hadapan bertambah 40mm.
Penumpang belakang pula menikmati ruang kaki lebih luas sebanyak 11mm
dengan ruang lutut menjadi 9mm.
Memasuki ruang dalamannya, terserlah kemewahan sedia ada. Kerusi
pemandu dan penumpang hadapan yang dikawal elektronik sepenuh selain
stereng akan merendah secara automatik mengikut kesesuaian pemandu.
Padanan kulit bermutu untuk tempat duduk, stereng dengan butang
kawalan berpusat, papan pemuka mudah dicapai, moden serta bergaya
menjadikan pemanduan cukup selesa.
Gabungan dua warna dalaman menjadikan ruang berkenaan cukup harmoni
dan ia menyerlahkan kemewahan sejati. Sistem audio boleh bertukar
kepada sebuah telefon bimbit dengan mengaktifkan teknologi Bluetooth.
Pemandu hanya perlu menekan butang di stereng untuk menjawab.
Enjin terbaru C 200 Kompressor 1.8 liter 4 Silinder turut
dipertingkatkan dengan kuasa 13 peratus dan tork 18 peratus bagi
memberikan imej lebih mantap kepada generasi terbaru ini.
Enjin berkenaan mampu menghasilkan tambahan kuasa 15 kW/21 bhp
berbanding sebelumnya 135 kW/184 bhp. Ia kini menjana 184 kW pada 5,500
rpm.
Untuk tork, ia mampu mencapai tork maksimum 250 Newton meter dari 2,800 rpm.
Untuk C200 Kompressor pula, ia dipadankan dengan transmisi automatik
lima kelajuan Touchshift yang membolehkan memandu secara manual atau
automatik.
Mercedes memadankannya dengan teknologi Agility Control bagi
menjamin keselesaan dan kestabilan jentera C200 dalam apa jua keadaan
jalan sekalipun.
Agility Control ini membabitkan karakter sistem penyerap hentak yang
lebih mantap, stabil dan dinamik dalam pelbagai keadaan jalan.
Sebagai model permulaan dalam segmen kereta salun mewah, C-Class
W204 ini ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans sebanyak
RM259,366.40.

![]() |
| Lekuk menggaris pada sisi badan juga bertujuan mengalirkan angin yang mampu meningkatkan kecekapan penggunaan minyak. |

Fieza- Otai Forum (Kerabat Kehormat)

- Posts : 521
Joined : 12 Oct 2006
Age : 24
Sekarang saya di : Penang
Pekerjaan : Mici U29
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Mercedes-Benz C-Class makin gagah
klau dh jenama merc...em yg model lma pn sedap.naik y 190e lma pn dh berdesup pegi nyer.

libas- Junior [Aktif]
![Junior [Aktif] Junior [Aktif]](http://www.14noor.com/forum/forum_images/new/2_star_rating.gif)

- Posts : 37
Joined : 25 Jul 2008
Age : 28
Sekarang saya di : utara
Pekerjaan : mlt
Character sheet
Mutiara Kata saya: kerjalah kamu,sebelum kamu dikerjakan